Semua insan yang lahir kedunia ini diberikan Allah Subhanahuwataala diberikan akal yang sempurna (melainkan golongan istimewa)..tujuannya tidak lain untuk kita belajar, berfikir dan tunduk kepada kekuasaan Allah Subhanahuwataala dan patuh dengan segala arahan Allah sebagaimana yang digariskan di dalam Al Quran dan Hadith Baginda S.A.W.
Menerusi sejarah kita lihat bagaimana Rasulullah berkorban demimenjaga kedaulatan Islam di dalam usaha Baginda menyampaikan syiar Islam...dan alhamdulillah kita boleh lihat sehingga kini Islam kekal utuh walaupun terdapat anasir-anasir yang cuba untuk menggugat kedaulatannya. Dalam konteks Malaysia pula, kalau kita renung sejenak dengan hati yang terbuka dan minda yang segar...nescaya semua akan setuju bahawa keamanan yang dikecapi hari ini adalah hasil usaha dan pengorbanan pejuang-pejuang terdahulu, justeru ia tidak boleh digadai semata-mata untuk memenuhi impian dan kehendak pihak tertentu.
Selama hampir 56 tahun Malaysia mencapai kemerdekaan, pelbagai rintangan telah dilalui dan dalam masa yang sama pelbagai usaha telah diambil oleh pihak yang diamanahkan untuk menstabilkannya semula...samada pentadbir negara, agensi-agensi kerajaan mahupun swasta..setiap mereka akan bertungkus lumus untuk menentukan tanggungjawab masing-masing dilaksanakan sebaik mungkin demi mencapai matlamat negara..syukur Alhamdulillah kita sama-sama mengecapinya hari ini...alhamdulillah
Pun begitu, dewasa ini banyak sekali muncul sentimen-sentimen PANAS yang mana pada hemat saya sekiranya tidak di kawal dengan baik akan mendatangkan kemudharatan kepada seisi warga negara Malaysia...yang pastinya apabila diajukan punca permasalahan maka akan keluarlah 1001 jawapan....kenapa wujud kebangkitan baru...
Jangan nak berdalih aaaa |
PIhak yang menuduh akan mengeluarkan 1001 fakta terhadap pihak yang dituduh manakala pihak yang dituduh akan menepisnya dengan 1001 alasan sekaligus akan membidas pihak yang menuduh....Pada padangan saya ianya tak ubah seperti dua insan bertinju atau bergusti..yang berada dalam gelanggang lebam sana..lebam sini, bengkak sana..bengkak sini..penyokong yang fanatik akan berentap sesama penyokong...namun mereka lupa di dalam KEALPAAN mereka...ada pihak yang mengaut untung..penganjur, syarikat penyiaran, ahli perniagaan dan yang paling untung tokey-tokey yang bertaruh...
Berbalik kepada isu di tanah air kita..perkara yang sama berlaku, MELAYU bergaduh sesama MELAYU namun yang untung pihak lain..dalam aspek ini, saya anjurkan agar masing-masing bermuzakarah...jangan nak jaga kepentingan peribadi sangat..jaga sama hak rakyat..kalau kita rasa kita ada buat salah, maka kita kena akui...buat permohonan maaf secara terbuka dan berundur sekiranya perlu...cuba kita lapangkan dada dan tanya diri kita dengan hati yang terbuka 'BETULKE?" bila setiap kali dakwaan dibuat kepada kita...In Sya Allah kalau kita berniat baik Allah akan membantu kita..jangan pula bila orang lontarkan dakwaan kita seberapa cepat cari bahan untuk COVER LINE..salah tu...dan selalu tanya "KENAPA ORANG TAK SOKONG AKU LAGI ???"
No comments:
Post a Comment