Jemaah

Tuesday 12 February 2013

MELAYU Kian Berpecah..Apakah Puncanya

Saya tahu artikel ini akan mendatangkan rasa tidak senang sesetengah pihak, dan antara ayat yang pasti kedengaran ialah "Syurga tindak menjanjikan Melayu...yang dijanjikan ialah Islam yang sempurna..apa-apa bangsa pon boleh masok selagi dia Islam yang baik". Tak ada salahnya statement tu..tak ada cacat celanya. Apa yang ingin saya ketengahkan ialah asas kewujudan negara ini. suatu waktu dahulu semua kaum menghormati Melayu..why??? Disebabkan kesatuan mereka dan senantiasa berada dalam satu ketumbukan yang kukuh..tiada siapa yang berani cuit Hak Melayu, Raja-Raja Melayu apatah lagi untuk menyentuh Perkara 153 di dalam Perlembagaan Malaysia.


Kenapa wujudnya hak-hak tersebut, maka perlulah kita hayati semula sejarah Tanah Melayu apabila Melayu terpinggir akibat penjajahan oleh pihak asing, hasil kemerdekaan maka hak keistimewaan ini diwujudkan semula bagi mengembalikan semula taraf sosio ekonomi Melayu setaraf dengan bangsa lain yang dimajukan oleh penjajah. Alhamdulillah ianya direalisasikan menerusi dasar-dasar yang diwujudkan oleh kerajaan untuk meningkatkan imej dan taraf sosio ekonomi Melayu.

Walau bagaimanapun, segalanya berubah disebabkan ideologi politik yang rakus, disebabkan masing-masing ingin meraih populariti maka sentimen memecah belahkan melayu dilangsungkan, propaganda menjatuhkan sesama sendiri berterusan...apa implikasinya??? Ya, bangsa asing tidak akan tunggu lama, inilah masa yang paling sesuai untuk menumpaskan Perlembagaan Persekutuan..inilah masanya untuk mendapatkan kesaksamaan..dan yang sedihnya disebabkan untuk meraih sokongan dan populariti maka desakan tersebut dipatuhi. Kalau kita hayati, sampai di satu tahap sekarang, kita nak sebut perkataan Melayu pun seakan menjadi satu kesalahan..WHY??? Kalau kita sebut Melayu akan ada pihak yang mengatakan bahawa kita RASIS dan lebih menyedihkan apabila luahan itu datang dari Bangsa Melayu sendiri. Inilah dilemma yang paling besar yang dihadapi oleh masyarakat Melayu dewasa ini. Justeru bagaimana kita hendak pertahankan diri kita??? Perubahan ketara ialah apabila Melayu berpecah kepada tiga kelompok dengan tiga pegangan ideologi sekaligus dengan wawasan yang berbeza. Pelbagai propaganda digunakan untuk menjatuhkan imej sesama Melayu, bertikam lidah sudah menjadi lumrah, tidak bertegur sapa menjadi kewajipan...apakah kesudahannya...lupakah kita akan pepatah Melayu "MENANG SORAK TAPI KAMPUNG TERGADAI". Namun apa yang peliknya bangsa lain tak ada pun seperti bangsa Melayu...kita tak nampak mereka bertikam lidah dan bertegang leher sesama sendiri untuk meraih populariti dan mendapatkan sokongan. Saya tak nampak propaganda DAP jatuhkan MCA, WHY??? Tak ada satupun pihak yang berani berbuat demikianWHY???

Justeru, bagi bangsa Melayu gunalah kebijaksanaan yang diberi..bersatulah, bermuzakarahlah...kita masih belum terlambat. Janganlah disebabkan ketamakan kita maka kita gadaikan khazanah yang ada yang akan merugikan legasi Melayu akan datang.

No comments:

Post a Comment