Jemaah

Wednesday 13 February 2013

Kemana Hilang Jati Diri PAS


Semalam menerusi TV 3, didedahkan empat Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) yang terkenal di Kelantan yang terdiri daripada para ulama, guru-guru pondok dan imam yang menentang PAS sekaligus mengishtiharkan bahawa menyokong PAS adalah haram. Mereka adalah dari Minda Pondok, UMMATI, PENDITA dan Ikatan Cendikiawan Islam Kelantan. Selain mengkritik dasar PAS bersekongkol dengan DAP yang secara terang-terangan BENCI ISLAM, pengasas Pondok Geting di Tumpat, Ustaz Abdullah Sa'amah berkata kegagalan PAS mempertahankan penggunaan Kalimah ALLAH. Beliau menyifatkan, pendirian PAS tidak boleh dimaafkan sama sekali.
Jangan jadi macam ni...
Menurut beliau lagi, "membiarkan kalimah Allah digunakan seperti ini berdosa dalam hukum. Kita mesti mempertahankan kalimah ALLAH dan aqidah orang Islam. Kesemua kitab dan tafsir menyebut   bahawa kalimah Allah tidak boleh disekutukan, tidak boleh digunakan selain untuk agama Islam, kalimah Allah adalah kalimah suci dan untuk mendaulatkan Islam", kenyataannya adalah bersandarkan kepada rujukan yang dibuat menerusi kitab-kitab tafsir, tauhid dan feqah.

Dalam aspek ini semua orang tertanya-tanya kemanakah hilangnya JATI DIRI PAS yang sekian lama diketahui memperjuangkan ISLAM. Adakah disebabkan mahukan tempat di dalam politik sekaligus meraih sokongan bukan Islam maka ISLAM DIABAIKAN dan segala ZAT ALLAH DISEKUTUKAN??? 

No comments:

Post a Comment