Jemaah

Wednesday 6 February 2013

PADAH MUSIM PILIHANRAYA

Dulu tak ada harga..tapi sekarang mahal tu..

Saya bukanlah ahli atau pakar dalam politik, apatah lagi cuma sekadar lulusan darjah enam…namun dari sudut hak sebagai warga Negara dan rakyat saya juga mempunyai hak untuk bersuara sekaligus melontarkan pandangan walaupun dianggap koman.
Boleh pakai..tapi mesti hati-hati..silap haribulan makan diri woooo
Jika kita tatap sejenak..kita akan lihat trend berkempen di Malaysia bila menjelang Pilihanraya, aspek tohmahan, fitnah, propaganda akan menjadi kaedah utama untuk dilontarkan bagi menjatuhkan pihak lawan. Apa tujuannya…tidak lain hanya untuk meraih sokongan yang akan membuahkan kemenangan pihak-pihak berkenaan menerusi sokongan undi..itu saja, tidak kurang dan tidak lebih.

Namun jarang sekali pihak-pihak tersebut memikirkan akan impak daripada aktiviti yang dijalankan..apa yang saya boleh fikirkan ialah:

1.       Perpaduan Ummah – hancur..lebur..mukhlisin. Tahap kebencian yang ditanam akhirnya membentuk kumpulan-kumpulan tertentu di dalam masyarakat dan lebih menyedihkan di dalam agama. Kerana itu jualah wujudnya Masjid puak A dan Masjid puak B. Persoalannya adakah ini yang dituntut dalam Islam?????

2.       Fitnah – Tidak dapat tidak, trend meraih undi di Malaysia ialah dengan menjatuhkan kredibiliti pihak lawan yang jalan yang paling mudah ialah membuka segala aib yang dimiliki. Persoalannya, bukankah kita memohon kepada Allah Taala agar aib kita ditutup sebaik mungkin di akhirat kelak??? Tapi kenapa kita lakukan yang disebaliknya?????

3.       Ekonomi – Bagi individu yang terlalu extreme hinggakan abaikan keluarga dan pekerjaan semata-mata berjuang untuk parti, adakah akan berubah nasib anda. Aspek ekonomi Negara terlalu luas untuk saya jangkau namun yang paling penting ialah sara hidup kita, kalau bujang untuk diri sendiri dan bantuan seringgit dua untuk emak dan ayah, manakala bagi yang bekeluarga untuk menyara anak-anak dan isteri. Persoalannya, adakah parti tersebut akan membantu anda selepas mereka menang?????

4.       Taksub – Wujud dikalangan penyokong yang terlalu taksub hingga sanggup menceraikan isteri dan berpisah dengan anak-anak disebabkan ideology yang berbeza. Lebih menyedihkan ialah apabila terdapat segelintir manusia yang sanggup berputus talak dengan emak dan ayah atas factor yang sama iaitu ideology dan fahaman yang tak sealiran. Persoalannya, adakah parti yang didokong akan membekalkan kita dengan doa diakhirat kelak??? Bukankan kita memerlukan doa dari anak-anak yang soleh dan berkat dari emak dan ayah?????

5.       Padah Diundang – Inilah yang paling saya takuti, dalam keadaan Malaysia yang aman damai, nak cari rezeki mudah, nak makan angin mudah dan segala-galanya mudah akan ditelan arus bilamana kestabilan Negara goyah…apa tidaknya, contoh yang paling mudah ialah aktiviti pemberontakan ie BERSIH…yang banyak mengundang masalah kepada keharmonian masyarakat setempat. Pelabur asing mula tidak yakin pada kestabilan ekonomi, peniaga terpaksa menanggung rugi, ketenteraman awam terjejas..apa implikasinya??? Sejarah membuktikan bagaimana Negara dijajah sewaktu berlaku huru-hara dan ketidakstabilan politik dan ekonomi dalam Tanah Melayu. Persoalannya adakah kita mahu dijajah untuk kesekian kalinya?????

6.       Melayu VS Melayu – Aspek inilah yang ditunggu-tunggu oleh bangsa asing. Kita boleh lihat dengan jelas dimana pada setiap kali tibanya musim PRU satu-satunya bangsa yang akan bergaduh ialah MELAYU sehinggakan ada yang sanggup berparang??? Persoalannya, adakah perkara yang sama berlaku pada bangsa lain????? Jawapannya TIDAK. Mereka hanya bertepok tangan. Kesudahannya reality lagi Anak Kecil Main Api menjadi reality.

Kesimpulan yang saya boleh berikan ialah, disebabkan tindakan kita yang tidak bijak hanya merugikan masa depan generasi kita. So apa nak buat??? Bagi saya, kita yang dah matang dan maju ini bertindaklah mengikut adab dan jangan bertindak mengikut hawa nafsu. Biarlah kita bertentangan ideology tapi tak perlulah kita bergaduh, berpusu-pusu mengikuti PERHIMPUNAN..gunakanlah hak kita sewaktu MENGUNDI kelak..pangkah mana yang kita hendak dan terimalah keputusannya dengan hati yang terbuka. Janganlah kita MENANG SORAK TAPI KAMPUNG TERGADAI.

No comments:

Post a Comment