Awas jerat murtad... |
Dewasa ini fenomena yang melanda Islam
selain dari Kecaman Keganasan ialah MURTAD. Gejala murtad merupakan antara isu
yang disifatkan sebagai sangat sensitif kepada masyarakat muslim. Banyak
artikel yang menyiarkan berkaitan isu ini dan ada yang bersikap sinis dengan
menyatakan bahawa “Orang-orang Islam yang murtad adalah dianggap telah melakukan satu
jenayah yang besar terhadap agama dan umat Islam”. Biar apapun
pandangan yang dilontarkan, namun sebagai umat Islam gejala ini sememangnya
adalah sesuatu yang serius dan perlu dibendung.
Penglibatan sesetengah kelompok bukan Islam yang tampil membela dan memperjuangkan hak-hak golongan yang murtad ini atas dasar kebebasan asasi secara jelas memberi isyarat bahawa kedudukan Islam dan masyarakat muslim kini semakin tercabar. Melalui saluran perundangan, golongan ini cuba memanfaatkan ruang dan peluang yang yang ada, meskipun tindakan mereka itu dilihat sebagai mencampuri urusan agama Islam dan hal ehwal masyarakat muslim.

Anak yang tidak mengenal apa-apa menjadi mangsa kealpaan kita |
Apa yang jelas, gejala ini jika tidak
ditangani dengan sewajarnya akan pasti membawa kepada berbagai implikasi
negatif kepada perkembangan Islam dan keharmonian masyarakat muslim di
Malaysia.
Sebelum membincangkan isu ini dengan lebih lanjut, perlu kita tahu apakah itu Murtad? Dari sudut bahasa ia bermaksud “kembali daripada sesuatu dan menuju kepada sesuatu yang lain daripadanya”, namun dari sudut Syaraq yang menjadi rujukan umat Islam, murtad bermaksud “memutuskan Islam atau kembali daripada Islam kepada kufur selepas menganutinya dan seterusnya menganuti mana-mana agama atau mana-mana pegangan akidah”.
Allah Subhanahuwatala menjelaskan perihal murtad menerusi firman Allah SWT di dalam Surah Al Baqarah ayat 2:217 berbunyi
وَمَنْ يَرْتَدِدْ مِنْكُمْ عَنْ دِينِهِ فَيَمُتْ وَهُوَ كَافِرٌ فَأُولَئِكَ حَبِطَتْ أَعْمَالُهُمْ فِي الدُّنْيَا وَالْآَخِرَةِ وَأُولَئِكَ أَصْحَابُ النَّارِ هُمْ فِيهَا خَالِدُونَ
Maksudnya: Dan sesiapa diantara kamu yang murtad (berpaling tadah) dari agamanya (agama Islam), lalu ia mati sedang ia tetap kafir, maka orang yang demikian rosak binasalah amal usahanya (yang baik) di dunia dan di akhirat, dan mereka itulah ahli neraka, mereka kekal di dalamnya (selama-lamanya)

Manakala di dalam Surah Al Nahl ayat
16:106, Allah Subhanahuwataala berfirman;
مَنْ كَفَرَ بِاللَّهِ مِنْ بَعْدِ إِيمَانِهِ إِلَّا مَنْ أُكْرِهَ وَقَلْبُهُ مُطْمَئِنٌّ بِالْإِيمَانِ وَلَكِنْ مَنْ شَرَحَ بِالْكُفْرِ صَدْرًا فَعَلَيْهِمْ غَضَبٌ مِنَ اللَّهِ وَلَهُمْ عَذَابٌ عَظِيمٌ
Maksudnya: Sesiapa yang kufur kepada Allah sesudah ia beriman (maka baginya kemurkaan dan azab dari Allah) kecuali orang yang dipaksa (melakukan kufur) sedang hatinya tenang tenteram dengan iman; akan tetapi sesiapa yang terbuka hatinya menerima kufur maka atas mereka itu tertimpa kemurkaan dari Allah, dan mereka pula beroleh azab yang besar.

Sanggupkah kita menitiskan air mata ibu???? |
Kalau kita nak bincang isu perkara-perkara yang boleh
menyumbangkan kepada murtad banyak…memang banyak namun saya yakin ianya diketahui
umum. Namun apa yang ingin saya ketengahkan ialah implikasinya. Antara kesan
yang mungkin cetek yang boleh mampu saya fikirkan ialah:
Pertama : Terputus hak pewarisan di
antaranya dengan kaum kerabatnya.
Kedua: Terpisah dengan isterinya dan
akad perkahwinan tersebut tergantung dan terputuslah hubungan silaturrahim
dengan anak-anak pewaris kita.
Ketiga: Terpisah silaturrahim antara
keluarga terutama ibu dan bapa yang tercinta.
Keempat:
Sekiranya mati, maka haram memandikannya, mengkafankannya
dan menyembahyangkannya kerana dia telah terkeluar daripada Islam.
Kelima:
Haram dikebumikan di perkuburan orang Islam. Mayatnya
hendaklah ditanam di satu tempat lain yang jauh dari perkuburan orang Islam.
No comments:
Post a Comment