Bukankah ini satu ancaman???? |
Dewasa ini di
Malaysia kecoh sekali dengan isu penggunaan kalimah ALLAH, berbagai pandangan
serta fatwa yang dikeluarkan dan tak kurang pula yang mempolitikkannya.
Seandainya para pembaca serta pengunjung masih ingat akan beberapa artikel yang
pernah saya keluarkan sebelumnya seperti http://enjabelok.blogspot.com/2012/11/awas-jerat-ifc-dalam-cubaan-memurtadkan.html
dan http://enjabelok.blogspot.com/2012/11/murtad-dan-implikasi.html
pastinya para pengunjung akan tahu akan implikasinya. Saya tidak bertujuan
untuk menyalahkan mana-mana pihak apatah lagi menjatuhkan kredibiliti mereka
yang lebih arif serta pakar dalam aspek keagamaan berbanding saya hanyalah
insan kerdil yang baru mengenali Alif Ba Ta. Namun demikian saya ingin mengajak
para pengunjung dengan meneliti terjemahan dari Surah An Nisa' ayat 171:
"Wahai
Ahli kitab (Yahudi dan Nasrani)! Janganlah kamu melampaui batas dalam perkara
ugama kamu, dan janganlah kamu mengatakan sesuatu terhadap Allah melainkan yang
benar; sesungguhnya Al Masih Isa ibni Maryam itu hanya seorang pesuruh Allah
dan Kalimah Allah yang telah disampaikanNya kepada Maryam, dan (ia juga tiupan)
roh daripadaNya. Maka berimanlah kamu kepada Allah dan Rasul-rasulNya, dan
janganlah kamu mengatakan “Tuhan itu tiga”. Berhentilah (daripada mengatakan
yang demikian), supaya menjadi kebaikan bagi kamu. Hanyasanya Allah ialah Tuhan
Yang Maha Esa, Maha Suci Allah daripada mempunyai anak. Bagi Allah jualah
segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Dan cukuplah menjadi Pengawal
(Yang Mentadbirkan sekalian makhlukNya)."
Dan bagaimanapula dengan ayat yang
diturunkan di dalam surah Al Maidah (116-118)
"Dan
(ingatlah) ketika Allah berfirman: “Hai Isa putera Maryam, adakah kamu
mengatakan kepada manusia: “Jadikanlah aku dan ibuku dua orang tuhan selain
Allah?”. Isa menjawab: “Maha Suci Engkau, tidaklah patut bagiku mengatakan apa
yang bukan hakku (mengatakannya). Jika aku pernah mengatakan maka tentulah
Engkau mengetahui apa yang ada pada diriku dan aku tidak mengetahui apa yang
ada pada diri Engkau. Sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui perkara yang
ghaib-ghaib”. Aku tidak pernah mengatakan kepada mereka kecuali apa yang Engkau
perintahkan kepadaku (mengatakan)nya yaitu: “Sembahlah Allah, Tuhanku dan
Tuhanmu”, dan adalah aku menjadi saksi terhadap mereka, selama aku berada di
antara mereka. Maka setelah Engkau wafatkan aku, Engkau-lah yang mengawasi
mereka. Dan Engkau adalah Maha Menyaksikan atas segala sesuatu. Jika Engkau
menyiksa mereka, maka sesungguhnya mereka adalah hamba-hamba Engkau, dan jika
Engkau mengampuni mereka, maka sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Perkasa lagi
Maha Bijaksana. (al Maidah ayat 116 hingga 118)"
Persoalan, adakah Allah membenarkan
kalimah Allah tersebut digunapakai??? Nescaya tidak. Walau bagaimanapun
terdapat pihak yang menyanggah ayat tersebut dengan mengatakan bahawa di Sabah-Sarawak,
di Indonesia, Arab Saudi telah lama menggunakan kalimah tersebut di dalam Agama
Kristian dan lebih menyedihkan ianya disokong oleh segelintir umat Islam,
WHY??? Adakah untuk kepentingan politik???
Apa ertinya semua ini |
Sebelum ini kita pernah digemparkan dengan sekelompok golongan
yang cuba menafikan penglibatan pihak gereja dalam gejala memurtadkan umat
Islam khususnya bangsa Melayu didalam negara ini dan lebih menyedihkan ada pula
pihak yang mempersoalkan tindakan JAIS menyiasat Methodist Church Damansara
Utama yang dipercayai menjalankan kegiatan dakyah keristian dikalangan orang
Melayu Muslim pada 03 Ramadhan 1432 bersamaan 03.08.2011. Peristiwa yang sama
berlaku pada tahun 1 Ramadhan 1997 apabila sekumpulan penganut kristian telah
menculik dan melarikan Aishah Bukhori sewaktu bapanya Tuan Haji Bukhori sedang mengimamkan
solat tarawih di Masjid Taman Rimba Terjun, Pontian, Johor. Dalam sekelip mata Aishah
telah dibawa lari ke Singapura dan seterusnya diterbangkan ke Australia.
Kegawatan sememangnya timbul dan pelbagai pihak tampil untuk membuat kenyataan
bagi membuktikan rasa tanggup jawap social walhal semua bertujuan menagguk
di air yang keruh.
Datuk Dr. Hasan Ali yang ikhlas
mahu mencegah gejala murtad pula pernah dituduh cuba merosakkan ukhwah dan
perpaduan PAS, PKR dan DAP atas tindakannya menyerbu gereja tersebut bagi
membuktikan wujud aktiviti mengkristianisasikan umat Islam, namun padah yang
diterimanya. WHY???? Adakah disebabkan kepentingan politik maka segalanya
dihalalkan, soalan ini bukan untuk PAS, Pemimpin Melayu Islam PKR malah juga
untuk UMNO yang dikatakan memperjuangkan ISLAM dan MELAYU…Tidakkah wujud
dibenak masing-masing untuk bermuzakarah secara ilmiah dan dapatkan kata
sepakat demi kepentingan ISLAM…jawapan yang ada pada sayalah NO WAY!!!! Sebab
akan jejaskan kepentingan politik masing-masing.
Bukankah ini akan memberi kesan negatif kelak.. |
Berbalik kepada cerita gereja
terlibat dalam gejala murtad, Aishah Bukhori sendiri. Aishah telah
mengisytiharkan dirinya murtad pada 19.10.1997 disebuah gereja di Panchor Jaya,
Rasah, Negeri Sembilan. Kes ini telah ditatang seperti minyak yang penuh oleh Bar
Council dibawah kepimpinan Ambeega Sreenivasan.
Banyak lagi.... |
Kalau hendak dikutkan Aisyah
bukanlah kes pertama yang membabitkan murtad. Pada tahun 1987 di sebuah gereja
di Petaling Jaya, seorang anak Melayu beragama Islam bernama Jamaluddin Osman
telah ditabalkan buat pertama kalinya sebagai paderi melayu sekaligus membuka
lembaran baru di dalam sejarah Malaysia. Berbekalkan pengetahuan yang ada
Jamaluddin yang bertukar nama kepada Padre Joshua Jamaluddin bergerak aktif
memurtadkan anak-anak melayu yang lain dan hasilnya ramai yang telah mengikut
jejak langkah beliau. Persoalannya apakah tindakan pemerintah pada ketika
itu??? Jawapannya tiada apa-apa. WHY???
Jamaluddin kemudiannya telah
ditahan oleh PDRM dibawah Akta Keselamatan Negeri kerana kegiatannya cuba
mengkristiankan anak-anak orang Islam dan dianggap mengancam keselamatan dalam
negara. Namun dengan bakat serta kebolehan Bar Council di bawah kelolaan
Ambiga, Mahkamah Persekutuan tiada pilihan selain daripada membebaskan
Jamaluddin Osman kerana peruntukkan ISA tidak membenarkan seseorang ditahan sekiranya
bersandarkan kepada alasan memurtadkan orang Islam.
Sesuatu untuk kita fikirkan |
Kes murtad seterusnya ialah
membabitkan Azlina Jailani pada 11 Mei 1998. Kes kedua ini digemparkan apabila
tersebar sijil pembaptisan beliau di Gereja Our Lady Fatima, Brickfields di
Kuala Lumpur. Sepertimana kes sebelumnya campurtangan Bar Council maka kes
tersebut dipencilkan atas sebab yang saya yakin para pengunjung tahu
jawapannya. Atas kes-kes sebgini jugalah maka Ambiga beserta rakan seangkatan
mahukan Suruhanjaya Antara Agama @ IFC dengan 17 tuntutan yang kesannya akan
menjadikan murtad itu halal dan sah, serta Islam sebaris dengan agama lain
dalam negara ini diberi perhatian dan digazetkan.
Adakah ini menjadi kebanggaan kita???? |
Justeru, berdasarkan bukti
tersebut maka ketahuilah kita bahawa agenda penggunaan Kalimah Allah tidak lain
hanyalah untuk memudahkan proses memurtadkan Umat Islam yang Berbangsa
Melayu..Kelompok sasaran bukanlah untuk generasi sekarang (Golongan X) tapi
adalah untuk generasi akan dating (Golongan Y), generasi yang kian dipengaruhi
dengan kebebasan budaya. Atas factor tersebut jualah maka kita harus
menghidupkan semula Dakwah Islamiah yang sebenar secara aggresif.
Dalam aspek ini, ketepikanlah ideology
politik masing-masing dan bersatulah..bermuzakarahlah demi kepentingan ISLAM.
No comments:
Post a Comment