Jemaah

Wednesday 20 February 2013

JALAN PENYELESAIAN KRISIS LAHAD DATU

Gambar hiasan...bukan betol punya ye
Krisis di Lahad Datu pada hemat saya merupakan satu krisis yang benar-benar menduga kredibiliti pasukan keselamatan Malaysia dan lebih lagi kepada Perdana Menteri dan Barisan Menterinya yang terbabit. Pelbagai spekulasi yang di lontarkan dek kerakusan manusia dalam meraih dan mencari maklumat. Ada yang kata Malaysia terlalu berlembut..tak ada teloq..musuh masok buat tah tahu saja..tapi kenapa bila Insiden Memali tak sampai sehari, semua dah terbujur..ada juga yang kaitkan dengan BERSIH..kenapa Himpunan BERSIH yang membabitkan rakyat sendiri dilayan sebagai anjing..disimbah gas pemedih mata..disimbah air gatal..tapi bila masok bab Pengganas Filipina menceroboh masuk ke Malaysia...pelbagai negosiasi diwujudkan....apa sudah jadi???? Tanya mereka....

Dari sudut pengetahuan politik saya tak berapa ada, dari sudut maklumat sebenar lagi lah saya tak ada..apatah lagi dengan pelbagai limitasi..namun apa yang boleh saya fikirkan ialah "Pengajaran Masa Lampau"... Pemimpin yang berwawasan ialah pemimpin yang menjadikan sejarah lampau sebagai guidance mereka dalam mentadbir organisasi yang dipimpin. Ini perlu kerana sejarah mengajar kita untuk memperbetulkan segala kesilapan lalu sekaligus membantu kita mengorak langkah untuk terus maju ke hadapan.
Sejarah membentuk genarasi yang maju
Berbalik kepada insiden di Lahat Datu Sabah, isu kemasukan penceroboh sememang harus ditangani dengan baik dan serius kerana ianya membabitkan maruah dan kedaulatan negara..namun dilemma yang dihadapi ialah apabila ianya turut membabitkan penceroboh yang juga dari kalangan Muslim..saya yakin sekianya berlaku pertempuran sehingga membabitkan pertumpahan darah nescaya akan ada pihak yang berkata "Kerajaan zalim..sesama Islam pon nak bunuh..kenapa tak halau sahaja..kenapa tak buat negosiasi...kenapa itu dan kenapa ini..." Ini adalah lumrah masyarakat di mana-mana negara sekalipun. Berdasarkan sejarah dan pengajaran lalu juga kita lihat bagaimana kerajaan telah mula mengorak langkah baru..sebagai contoh yang nyata BERSIH..kalau sewaktu bersih yang mula-mula diadakan oleh pihak tententu..kerajaan mengambil tindakan tegas dan hasilnya kerajaan dikritik dengan amat teruk...walau bagaimanapun iktibar daripada insiden tersebut menerusi Himpunan Sejuta Rakyat anjuran Pakatan yang sama..pihak berkuasa telah diarahkan untuk memberi laluan dan tidak mengganggu proses perhimpunan tersebut...pun begitu terdapat juga pihak yang mengkritik kerajaan kerana memberi muka kepada pihak terbabit dan dianggap lemah.

Dalam aspek ini, segala tindakan yang diambil akan sentiasa menimbulkan rasa tidak puas hati dikalangan rakyat. Namun sesuatu perlu diambil demi kesejahteraan negara...begitu juga dengan insiden di Lahat Datu, Sabah. Pendekatan yang diambil oleh kerajaan dilihat lebih positif..negosiasi dijalankan secara berterusan agar penceroboh akur bahawa kehadiran mereka tidak diterima oleh rakyat Malaysia. Keduanya kehadiran mereka memberi kesan serta impak negatif kepada Kerajaan Filipina apatah mereka bukanlah State Actor ataupun mewakili mana-mana Non State Actor yang diiktiraf penubuhannya. Dan yang paling penting ialah apabila Kerajaan Filipina sendiri tidak mengiktirafkan pertubuhan ataupun kerajaan di dibawa oleh Kumpulan Penceroboh terbabit. 

Justeru, saya berpandangan tindakan semasa kerajaan Malaysia yang menganjurkan negosiasi adalah bijak demi menjaga hubungan bilateral Malaysia-Filipina dan multilateral dengan negara-negara Islam yang lain. We might come out with thousands of solutions but always look into impact and implications. 

2 comments:

  1. betui ker yop..demer ni mcm syok sendiri jer.bior ler diorg buat kejer.kita pg kejer blik kejer.jaga keluarga jer ler.jgn kaco tepi kain org!!

    ReplyDelete
  2. Terima kasih atas kesudian Anon 0106 kerana sudi melontarkan pandangan. Sebagaimana yang saya katakan setiap orang mempunyai 1001 macam pandangan dalam membahaskan sesebuah isu. Tidak dinafi terdapat masyarakat yang suka bincang isu sehingga nak runtuh kedai..ada pula yang suka bincang sesuatu isu secara santai dan siap buat lawak..dan ada pula yang malas nak layan isu, as long dia boleh makan..boleh minum, itu sudah cukup..Bagi saya pula saya mempraktikkan hak demokrasi yang diberikan..mungkin pandangan saya kecil namun hak demokrasi bersuara tidak dihalang selagimana saya tidak melanggar perundangan sedia ada..dan dalam masa yang sama ianya untuk saya meraih sedikit keuntungan akhirat dengan berdakwah...

    ReplyDelete