Jemaah

Tuesday, 5 February 2013

10 TANDA-TANDA BAHAWA HATI KITA SUDAH MATI

Hati sudah nazak..jom bawa berubat

Menerusi pembacaan saya terdapat 10 tanda-tanda bahawa hati seseorang Muslim itu telah mati dan perlu mendapat rawatan segera…apakah ia:

1.       Mengaku mengenali Allah S.W.T namun tidak menunaikan haknya.

2.       Mengaku mencintai Baginda Rasulullah S.A.W namun mengabaikan segala sunnah Baginda.

3.       Membaca Al Quran namun tidak beramal dengan apa yang dihukumkan dan tidak menjadikannya sebagai panduan.

4.       Memakan segala nikmat Allah namun tidak pernah mengsyukuri nikmat Allah.
Jom laksanakan...

5.       Mengaku bahawa syaitan itu musuh yang nyata namun tidak berjuang untuk menentangnya.

6.       Mengaku bahawa wujudnya seksa dan azab api neraka namun tidak ernah berusaha untuk menjauhinya.

7.       Mengaku wujudnya nikmat syurga Allah namun tidak pernah berusaha untuk mendapatkannya.

8.       Mengaku bahawa kematian itu adalah satu kepastian namun tidak membuat sebarang persediaan untuk menghadapinya.

9.       Menyibukkan diri membuka keaiban orang lain namun dalam masa yang sama lupa akan keaiban diri sendiri.

10.     Tidak pernah gagal menghantar dan menguburkan jenazah saudara sesame Islam namun tidak pernah mengambil iktibar darinya


No comments:

Post a Comment