Jemaah

Thursday 19 September 2013

AKHLAK BAGINDA NABI MUHAMMAD S.A.W


Baginda Nabi Muhammad SAW adalah pesuruh Allah yang terakhir dan merupakan pembawa rahmat untuk seluruh alam sekaligus merupakan Rasul Allah bagi seluruh umat manusia di dunia. Sesungguhnya baginda merupakan satu anugerah dan kurniaan Allah SWT yang sangat agung kepada umat manusia untuk menunjukkan jalan yang lurus dan benar.

Baginda Nabi Muhammad SAW bukan sahaja diangkat sebagai seorang Rasul bahkan juga sebagai khalifah di muka bumi ini, yang mengetuai angkatan tentera Islam, membawa perubahan yang sangat positif kepada umat manusia, mengajarkan tentang erti persaudaraan, akhlak dan erti kehidupan yang segalanya hanya kerana Allah SWT.

Baginda Nabi Muhammad SAW merupakan pelengkap dari segenap sudut, setelah Nabi Musa dan Nabi Isa ‘alaihissalam diturunkan. Beliau juga digelar Al-Amin yang bermaksud dipercayai.Sebagai umat islam yang beriman pada Allah, yang mengaku mencintai Nabi Muhammad, maka kita hendaklah mendalami akhlak mulia yang ada pada diri baginda Muhammad bin Abdullah.

Allah SWT menjadikan Baginda Nabi Muhammad SAW sebagai ‘role model’ dalam setiap aspek kehidupan. Baginda dilihat sebagai seorang yang sempurna akhlaknya. Dalam aspek kepimpinan Baginda Nabi Muhammad SAW merupakan seorang pemimpin terbaik di kalangan umat manusia yang jujur dan adil.

Firman Allah SWT yang bermaksud; ” Dan tiadalah kami mengutuskan engkau (wahai Muhammad), melainkan untuk menjadi rahmat bagi sekalian alam.”( Surah Al-Anbiya Ayat:107)

Terdapat satu kisah pemuda yahudi yang tinggal di rumah Baginda Nabi Muhammad SAW yang ingin dikongsikan buat umat Baginda Nabi Muhammad SAW untuk dijadikan peringatan agar sentiasa melayan semua hamba Allah dengan adil dan saksama tanpa mengira agama.

Baginda Nabi Muhammad SAW pun telah mengizinkan seorang yahudi hadir dan tinggal di rumah Baginda tanpa mengusirnya, padahal ia seorang yahudi yang berbeza agama dengan Rasul SAW, tetapi Baginda mengizinkan yahudi itu tinggal di rumah Baginda, Baginda tidak melarangnya atau dengan mengatakan : ”engkau yahudi tidak boleh tinggal di rumahku, kotor dan najis ......!! ” , tidak demikian akhlak Baginda Nabi Muhammad SAW .

Orang yahudi itu tinggal bersama Baginda Nabi Muhammad SAW dan tidur disana, makan sepiring dengan Rasul, membawakan air minum Rasul, seakan telah menjadi sebahagian dari keluarga Rasul SAW dan tidak dipaksa untuk mengikuti agama Islam, sampai suatu saat ia sakit dan Rasul menjenguknya, Rasul tidak berkata : ”syukur yahudi itu sakit dan tidak tinggal di rumahku lagi ” , rasul tidak demikian tetapi Baginda berkata : ”mana orang yahudi yang tinggal di rumahku, mengapa dia pergi, apa kesalahanku? !” .

Maka setelah rasul sampai di rumah orang yahudi itu, ternyata ia sudah dekat dengan sakaratul maut, maka Rasul berkata : ”wahai pemuda, maukah kau ucapakan ” Laa ilaaha illallah Muhammad Rasulullah ”, maka pemuda itu pun ragu untuk mengucapkannya ia menoleh ke ayahnya yang juga beragama yahudi, maka ayahnya berkata : ”betul, taati Aba Al Qasim dan ikuti ucapan itu.”

Dan pemuda itupun mengucapkan ” Laa Ilaaha Illallah Muhammad Rasulullah ” kemudian ia pun wafat , maka berubahlah wajah Rasul SAW bagaikan belahan bulan purnama dari terang dan bercahaya karena gembira melihat orang yahudi yang tinggal di rumahnya itu wafat dalam keadaan Islam, demikian indahnya kerukunan umat beragama.


Ada satu kisah lain tentang pemuda yahudi yang bernama Zaid bin Su`nah yang telah menyakiti baginda dan lihatlah bagaimana Baginda menangani pemuda tersebut dengan sabar.

Pada suatu hari sedang Baginda Nabi Muhammad SAW dan Saidina Umar berbincang dihadapan rumah baginda,tiba-tiba datang seorang yahudi bernama Zaid bin Su`nah.Dengan wajah yang bengis,dia berdiri sambil bercekak pinggang.

Tanpa disangka-sangka,Zaid bin Su`nah telah menarik kuat kain ridak yang sedang melilit leher baginda.Ridak yang diperbuat dari kain yang kasar itu telah menyebabkan leher baginda melecet.

Tanpa memperdulikan leher Baginda Nabi Muhammad SAW yang melecet Zaid terus membentak,”Wahai keturunan Abdul Mutalib!Memang engkau ini dari keturunan yang suka menangguhkan hutang.Cepat! Bayarkan hutangku segera!” Sejak awal lagi Saidina Umar tidak menyenangi sikap orang Yahudi itu yang terlalu kasar terhadap Baginda Nabi Muhammad SAW.Jelas dari wajahnya yang dia mahu bertindakbalas terhadap kekasaran yahudi itu.

Baginda Nabi Muhammad SAW berkata dengan tenang, “Wahai Umar,bersabarlah.” Baginda Nabi Muhammad SAW memang kenal dengan sikap Saidina Umar yang tidak sanggup melihat baginda direndah-rendahkan seperti itu.

Baginda sendiri dapat mengawal kemarahannya terhadap orang yahudi itu.Sambung Baginda lagi,”Antara kami memang ada urusan hutang.Biarlah kami berdua saja yang menyelesaikannya.Bukankah lebih baik,engkau menyuruhku supaya membayar hutangnya dengan baik dan menasihatinya supaya dia menagih hutangnya juga secara baik.

Sebenarnya dalam perjanjian kami dahulu,aku masih ada 3 hari lagi untuk membayar hutangnya.Tetapi tidak mengapalah”Saidina Umar terdiam mendengar bicara Baginda Nabi Muhammad SAW yang penuh lemah lembut dan berhikmah.

Dia sedar jika dirinya tidak ditenteramkan oleh baginda,sudah tentu si yahudi itu akan dikerjakannya.Baginda meneruskan kata-katanya,” Usahakanlah supaya dibayar hutangku itu,dan ditambah lagi sebanyak 20 gantang kurma.Moga-moga hilang marahnya.

“Saidina Umar berpaling untuk melangkah ke rumahnya bagi mendapatkan gandum sebagaimana yang diminta oleh Baginda Nabi Muhammad SAW.Namun belum sempat dia berbuat demikian,Zaid menahannya.

“Nanti dulu Umar!”Suara Zaid bin Su`nah berubah menjadi lembut. “Semua yang aku saksikan hari ini merupakan tanda-tanda kenabian Muhammad.Aku telah melihat dari wajahnya yang baginda adalah seorang utusan Allah.”"Maksudmu?” tanya Saidina Umar kehairanan.

“Sebenarnya aku datang ke sini semata-mata untuk menguji adakah Muhammad seorang penyantun dan pemaaf sepertimana yang diceritakan orang.

Kini semuanya telah terbukti dimana sifat penyantunnya sentiasa mendahului kemarahannya.Memang benarlah dia seorang nabi.Oleh itu,sekarang aku bersaksi bahawa tiada Tuhan selain Allah daqn Muhammad itu pesuruh Allah,”ucap Zaid.

Akhlak Baginda Nabi Muhammad SAW yang sabar dan penyantun telah menyebabkan Zaid Bin Su`nah yang bersikap kasar tertarik untuk memeluk Islam. Demikianlah mulianya peribadi Baginda Nabi Muhammad SAW. Sepatutnya, kita sebagai umat baginda turut mencontohi akhlak terpuji itu.

Baginda Nabi Muhammad SAW tidak berbangga dengan bangsanya, kaumnya & kabilahnya bahkan ia berbaggga dengan ISLAM yang dibawanya, Sesungguhnya kemulian disisi ALLAH adalah TAQWANYA. Sejauh manakah TAQWA kita kepada ALLAH? Fikir-fikirkanlah…….Ya Allah, ampunilah kami, kasihailah kami, kekalkan hidayah didalam diri kami dan jadikan kami asbab hidayat untuk umat seluruh alam. Amin, amin ya Rabbal Alamin.