Jemaah

Monday 30 December 2013

PENUTUP 2013

Lawrence Andrew
Dalam negara diselimuti kepanasan dengan isu GST, kenaikan harga barang..tup-tup timbul pula isu sensitif bagi Ummat Islam di Malaysia. 27 Disember 2013, 4 hari sebelum mengakhiri tahun 2013, untuk kesekian kalinya Isu Kalimah Allah menghangatkan keadaan bilamana paderi Lawrence Andrew menegaskan akan tetap menggunakan Kalimah Allah dalam perhimpunan mingguan Katolik. Dalam kes ini apakah tindakan kita selaku umat Islam..kerajaan selaku pentadbir negara Islam di Malaysia. Bagi blogger dan pengamal media sosial Islam, ayuh kita teruskan sebaran dakwah Islam demi kelestarian dakwah Islamiah dan aqidah ummat Islam.

Friday 1 November 2013

IN THE SHADE OF THE QURAN

ASSALAMUALAIKUM Guys..I would like to share with you on these books "In The Shade Of The Quran"

Below are the caption that I copy for viewers to know raughly the contents and please make yourself available to visit this web for better understanding, InsyaAllah...html.http://www.kalamullah.com/shade-of-the-quran.html

Ever since its revelation 1400 years ago, the Qur'an has been a book of guidance and inspiration, a reference point, and a rich source of social and moral dynamism for hundreds of millions of people throughout the world who believe it to be immutable word of God. Hardly a generation passes without a fresh attempt to unravel the meanings of the Qur'an and gain deeper insight into its universal message within a contemporary perspective.

In The Shade Of The Qur'an is more than 'just another' commentary; yet it is not too over-reaching or outlandish to be a completely new interpretation. It is an earnest, sincere and sober look at man's contemporary achievements and difficulties in the light of the message of the Qur'an. It is an effort to vigorously explore its rich wisdom, and expand its invaluable guidance for the benefit of an increasingly 'sophisticated' , yet highly perplexed modern society.

The work, which is by far Sayyid Qutb's largest and most profound, spans the whole of the text of the Qur'an. It was written, and partly re-written, over a period of more than 15 years, most of which the author had spent in Egyptian prisons, during the 1950s and 1960s. In it is embedded Sayyid Qutb's insight, highly esteemed intellectual vigor, and his widely-acclaimed literary prowess.

In The Shade Of The Qur'an has been universally recognized as an outstanding contribution to Islamic thought and scholarship, to which students and scholars, as well as contemporary Islamic revivalist movements all over the world, owe a great deal. Now that it is available in English, it will continue to enlighten and inspire millions more. It will take its rightful place as an indispensable work of reference for a proper understanding of contemporary Islamic thinking.

The Author : Syed Qutb, true to his teachings died for the values he espoused. He was sentenced to death and hanged by a military court established by Nasser. Writing was his jihad against the jahiliyya that he saw all around him
1906 : Born in the village Musha, northern Egypt.
1930's and 1940's: Qutb start working as a inspector of schools for the Egyptian Ministry of Education. He also tries to start a career as a writer, and publishes some books but without much success.
1948: Travels to USA on a scholarship to study the educational system, receiving a master's degree from the Colorado State College of Education.
1951: Qutb returns to Egypt, and joins the Muslim Brotherhood (Ikhwan ul Muslim)
1952: First volume of his commentary In the Shade of the Qur'an (Fi Zilal al-Qur'an) is published. There would be 29 more volumes to this work.
1954: He is arrested and sentenced to long imprisonment together with many other members of the Ikhwan.
1964: After 10 years in prison, Qutb is released.
1965: Is allegedly part of the planning of the assassination of President Gamal Abdu l-Nasser, and is arrested again.
1966 August 29: Executed after being found guilty in the 1965 plot. May Allah Bless his Soul 

Thursday 10 October 2013

HADIAH AL FATIHAH

Al Fatihah dan pengertian
Mendidik anak bukan sesuatu yang mudah. Kita hanya mempunyai satu peluang sahaja untuk mendidik, melentur mereka iaitu ketika mereka masih rebung ie kecil. Bila sudah menjadi buluh ie besar, tersilap lentur akan patah ia dan silap haribulan boleh patah riuk jadinya. Bila kita melihat muda-mudi yang kian rosak akhlaknya, kita yang masih mempunyai anak-anak kecil merasa cemas dibuatnya..andai kata tersilap didik maka peluang untuk berpatah balik adalah sukar...Allah Huakbar!!

Sebab itu setiap kali bertemu dengan ibubapa yang saya anggap berjaya dalam memberi didikan kepada anak-anak mereka dengan baik, pasti saya akan bertanya, APAKAH RAHSIANYA. Berbagai jawapan yang saya perolehi, namun ada satu jawapan yang cukup berbeza saya temui. APAKAH IA???

Menurut seorang hamba Allah ini, ada satu amalan yang dilakukan secara Istiqamah. Setiap kali selepas solat, beliau akan menghadiahkan surah AL FATIHAH buat Rasulullah S.A.W, ibu-bapanya, isteri yang melahirkan anak-anaknya dan anak-anaknya. 


Thursday 19 September 2013

AKHLAK BAGINDA NABI MUHAMMAD S.A.W


Baginda Nabi Muhammad SAW adalah pesuruh Allah yang terakhir dan merupakan pembawa rahmat untuk seluruh alam sekaligus merupakan Rasul Allah bagi seluruh umat manusia di dunia. Sesungguhnya baginda merupakan satu anugerah dan kurniaan Allah SWT yang sangat agung kepada umat manusia untuk menunjukkan jalan yang lurus dan benar.

Baginda Nabi Muhammad SAW bukan sahaja diangkat sebagai seorang Rasul bahkan juga sebagai khalifah di muka bumi ini, yang mengetuai angkatan tentera Islam, membawa perubahan yang sangat positif kepada umat manusia, mengajarkan tentang erti persaudaraan, akhlak dan erti kehidupan yang segalanya hanya kerana Allah SWT.

Baginda Nabi Muhammad SAW merupakan pelengkap dari segenap sudut, setelah Nabi Musa dan Nabi Isa ‘alaihissalam diturunkan. Beliau juga digelar Al-Amin yang bermaksud dipercayai.Sebagai umat islam yang beriman pada Allah, yang mengaku mencintai Nabi Muhammad, maka kita hendaklah mendalami akhlak mulia yang ada pada diri baginda Muhammad bin Abdullah.

Allah SWT menjadikan Baginda Nabi Muhammad SAW sebagai ‘role model’ dalam setiap aspek kehidupan. Baginda dilihat sebagai seorang yang sempurna akhlaknya. Dalam aspek kepimpinan Baginda Nabi Muhammad SAW merupakan seorang pemimpin terbaik di kalangan umat manusia yang jujur dan adil.

Firman Allah SWT yang bermaksud; ” Dan tiadalah kami mengutuskan engkau (wahai Muhammad), melainkan untuk menjadi rahmat bagi sekalian alam.”( Surah Al-Anbiya Ayat:107)

Terdapat satu kisah pemuda yahudi yang tinggal di rumah Baginda Nabi Muhammad SAW yang ingin dikongsikan buat umat Baginda Nabi Muhammad SAW untuk dijadikan peringatan agar sentiasa melayan semua hamba Allah dengan adil dan saksama tanpa mengira agama.

Baginda Nabi Muhammad SAW pun telah mengizinkan seorang yahudi hadir dan tinggal di rumah Baginda tanpa mengusirnya, padahal ia seorang yahudi yang berbeza agama dengan Rasul SAW, tetapi Baginda mengizinkan yahudi itu tinggal di rumah Baginda, Baginda tidak melarangnya atau dengan mengatakan : ”engkau yahudi tidak boleh tinggal di rumahku, kotor dan najis ......!! ” , tidak demikian akhlak Baginda Nabi Muhammad SAW .

Orang yahudi itu tinggal bersama Baginda Nabi Muhammad SAW dan tidur disana, makan sepiring dengan Rasul, membawakan air minum Rasul, seakan telah menjadi sebahagian dari keluarga Rasul SAW dan tidak dipaksa untuk mengikuti agama Islam, sampai suatu saat ia sakit dan Rasul menjenguknya, Rasul tidak berkata : ”syukur yahudi itu sakit dan tidak tinggal di rumahku lagi ” , rasul tidak demikian tetapi Baginda berkata : ”mana orang yahudi yang tinggal di rumahku, mengapa dia pergi, apa kesalahanku? !” .

Maka setelah rasul sampai di rumah orang yahudi itu, ternyata ia sudah dekat dengan sakaratul maut, maka Rasul berkata : ”wahai pemuda, maukah kau ucapakan ” Laa ilaaha illallah Muhammad Rasulullah ”, maka pemuda itu pun ragu untuk mengucapkannya ia menoleh ke ayahnya yang juga beragama yahudi, maka ayahnya berkata : ”betul, taati Aba Al Qasim dan ikuti ucapan itu.”

Dan pemuda itupun mengucapkan ” Laa Ilaaha Illallah Muhammad Rasulullah ” kemudian ia pun wafat , maka berubahlah wajah Rasul SAW bagaikan belahan bulan purnama dari terang dan bercahaya karena gembira melihat orang yahudi yang tinggal di rumahnya itu wafat dalam keadaan Islam, demikian indahnya kerukunan umat beragama.


Ada satu kisah lain tentang pemuda yahudi yang bernama Zaid bin Su`nah yang telah menyakiti baginda dan lihatlah bagaimana Baginda menangani pemuda tersebut dengan sabar.

Pada suatu hari sedang Baginda Nabi Muhammad SAW dan Saidina Umar berbincang dihadapan rumah baginda,tiba-tiba datang seorang yahudi bernama Zaid bin Su`nah.Dengan wajah yang bengis,dia berdiri sambil bercekak pinggang.

Tanpa disangka-sangka,Zaid bin Su`nah telah menarik kuat kain ridak yang sedang melilit leher baginda.Ridak yang diperbuat dari kain yang kasar itu telah menyebabkan leher baginda melecet.

Tanpa memperdulikan leher Baginda Nabi Muhammad SAW yang melecet Zaid terus membentak,”Wahai keturunan Abdul Mutalib!Memang engkau ini dari keturunan yang suka menangguhkan hutang.Cepat! Bayarkan hutangku segera!” Sejak awal lagi Saidina Umar tidak menyenangi sikap orang Yahudi itu yang terlalu kasar terhadap Baginda Nabi Muhammad SAW.Jelas dari wajahnya yang dia mahu bertindakbalas terhadap kekasaran yahudi itu.

Baginda Nabi Muhammad SAW berkata dengan tenang, “Wahai Umar,bersabarlah.” Baginda Nabi Muhammad SAW memang kenal dengan sikap Saidina Umar yang tidak sanggup melihat baginda direndah-rendahkan seperti itu.

Baginda sendiri dapat mengawal kemarahannya terhadap orang yahudi itu.Sambung Baginda lagi,”Antara kami memang ada urusan hutang.Biarlah kami berdua saja yang menyelesaikannya.Bukankah lebih baik,engkau menyuruhku supaya membayar hutangnya dengan baik dan menasihatinya supaya dia menagih hutangnya juga secara baik.

Sebenarnya dalam perjanjian kami dahulu,aku masih ada 3 hari lagi untuk membayar hutangnya.Tetapi tidak mengapalah”Saidina Umar terdiam mendengar bicara Baginda Nabi Muhammad SAW yang penuh lemah lembut dan berhikmah.

Dia sedar jika dirinya tidak ditenteramkan oleh baginda,sudah tentu si yahudi itu akan dikerjakannya.Baginda meneruskan kata-katanya,” Usahakanlah supaya dibayar hutangku itu,dan ditambah lagi sebanyak 20 gantang kurma.Moga-moga hilang marahnya.

“Saidina Umar berpaling untuk melangkah ke rumahnya bagi mendapatkan gandum sebagaimana yang diminta oleh Baginda Nabi Muhammad SAW.Namun belum sempat dia berbuat demikian,Zaid menahannya.

“Nanti dulu Umar!”Suara Zaid bin Su`nah berubah menjadi lembut. “Semua yang aku saksikan hari ini merupakan tanda-tanda kenabian Muhammad.Aku telah melihat dari wajahnya yang baginda adalah seorang utusan Allah.”"Maksudmu?” tanya Saidina Umar kehairanan.

“Sebenarnya aku datang ke sini semata-mata untuk menguji adakah Muhammad seorang penyantun dan pemaaf sepertimana yang diceritakan orang.

Kini semuanya telah terbukti dimana sifat penyantunnya sentiasa mendahului kemarahannya.Memang benarlah dia seorang nabi.Oleh itu,sekarang aku bersaksi bahawa tiada Tuhan selain Allah daqn Muhammad itu pesuruh Allah,”ucap Zaid.

Akhlak Baginda Nabi Muhammad SAW yang sabar dan penyantun telah menyebabkan Zaid Bin Su`nah yang bersikap kasar tertarik untuk memeluk Islam. Demikianlah mulianya peribadi Baginda Nabi Muhammad SAW. Sepatutnya, kita sebagai umat baginda turut mencontohi akhlak terpuji itu.

Baginda Nabi Muhammad SAW tidak berbangga dengan bangsanya, kaumnya & kabilahnya bahkan ia berbaggga dengan ISLAM yang dibawanya, Sesungguhnya kemulian disisi ALLAH adalah TAQWANYA. Sejauh manakah TAQWA kita kepada ALLAH? Fikir-fikirkanlah…….Ya Allah, ampunilah kami, kasihailah kami, kekalkan hidayah didalam diri kami dan jadikan kami asbab hidayat untuk umat seluruh alam. Amin, amin ya Rabbal Alamin.

Friday 23 August 2013

DUNIA SUDAH AKHIR ZAMAN

Satu perkara yang mendukacitakan berlaku di tengah-tengah masyarakat Islam mutakhir ini ialah hilangnya keyakinan terhadap hukum Allah. Adalah satu perkara yang tidak munasabah dan haram berlaku di kalangan umat Islam bahawa orang-orang yang mengaku Islam, tidak yakin kepada hukum Allah, kerana ia bermakna juga tidak yakin kepada Allah dan tidak yakin kepada Rasulullah s.a.w sebagai pembawa dasar perundangan Ilahi.
Tidak terkumpul di dalam hati orang yang beriman dengan keraguan dan syak terhadap ajaran Islam kerana kesangsian kepada ajaran Islam dan tidak yakin kepada hukum itu adalah perkara yang boleh merosakkan dan membatalkan iman. Firman Allah dalam ayat 65 surah an-Nisa’ yang bermaksud
“Maka demi Tuhanmu (wahai Muhammad)! Mereka tidak disifatkan beriman sehingga mereka menjadikan engkau hakim dalam mana-mana perselisihan yang timbul di antara mereka, kemudian mereka pula tidak merasa di hati mereka sesuatu keberatan daripada apa yang telah engkau hukumkan, dan mereka menerima keputusan itu dengan sepenuhnya.”
Di tengah-tengah masyarakat Islam hari ini terkeluar kata-kata dan tulisan-tulisan yang berani mencabar hukum Allah, ada yang berani mengatakan hukum Allah itu sudah lapuk, hukum “hudud” yang ada dalam al-Quran itu tidak lebih daripada hukum yang diamalkan oleh kabilah-kabilah Arab pada zaman dahulu yang dipanjangkan oleh Nabi Muhammad s.a.w.
Mereka tidak menyedari bahawa kedatangan Rasulullah s.a.w ialah untuk menentang hukum-hukum kabilah yang zalim, mengapa mereka mengatakan al-Quran itu ajaran yang diamalkan oleh kabilah-kabilah Arab? Ini adalah satu tuduhan jahat terhadap al-Quran al-Karim dan hukum Islam.
Dan apa yang mendukacitakan, umat Islam yang begitu ramai di dalam negara ini tidak terasa apa-apa orang menghina Islam dan mengejek hukum Islam di hadapan mereka. Di manakah kasih mereka terhadap Islam sehingga tidak ada perasaan cemburu sedikitpun di dalam hati mereka terhadap Allah?
Mereka akan melenting sekiranya harta dan kepunyaan mereka daripada harta benda dunia diganggu-gugat, tetapi mereka tidak melenting sekiranya agama mereka diberikan kedudukan yang tidak selayaknya. Beginilah rendahnya maruah umat Islam hari ini.
Di manakah letaknya kemanisan iman yang dinyatakan oleh Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:
“Tiga perkara yang sesiapa ada padanya, maka dia mempunyai kemanisan iman. Pertama bahawa Allah dan Rasul-Nya terlebih kasih kepadanya daripada yang lain. Kedua dia tidak kasih kepada seseorang melainkan kerana Allah. Ketiga dia benci kalau dicampak di dalam kekufuran sebagaimana dia benci kalau dicampak ke dalam api neraka.”
Di mana kemanisan iman? Di mana ketiga-tiga perkara ini di dalam hati umat Islam hari ini? Adakah di dalam hati mereka perasaan kasih kepada Allah dan kasih kepada Rasulullah s.a.w? Sekiranya mereka kasih kepada Allah dan cinta Rasulullah, sudah tentu mereka kasih kepada hukum Allah dan kasih kepada ajaran yang ditinggalkan oleh baginda Rasulullah s.a.w.
Ke manakah perginya kasih mereka kerana Allah? Di mana perginya cinta Rasul? Kasih mereka tidak lain kerana kemahsyuran dan penghormatan dunia semata-mata. Ke manakah perginya benci mereka kepada kekufuran? Bahkan mereka berlumba-lumba untuk menuju kepada kekufuran sekiranya kekufuran itu mengenyangkan mereka dan menambahkan keseronokan di dalam hidup mereka.
Adakah mereka tidak sedar dalam perkara seperti ini, Allah telah mewajibkan kepada Nabi Muhammad s.a.w dan kepada umat Islam supaya menegakkan hukum Allah di atas muka bumi ini.
Allah berfirman menerusi ayat 105 daripada surah an-Nisa’ yang bermaksud:

“Sesungguhnya Kami menurunkan kepadamu (wahai Muhammad) Kitab (al-Quran) dengan membawa kebenaran, supaya engkau menghukum di antara manusia menurut apa yang Allah telah tunjukkan kepadamu (melalui wahyu-Nya); dan janganlah engkau menjadi pembela bagi orang-orang yang khianat.”
Manusia hari ini terlalu suka menjadi penolong dan penyokong kepada orang-orang yang khianat kepada hukum Allah. Di manakah kasih mereka kepada Allah dan kepada Rasulullah s.a.w?
Dan Allah menamakan hukum yang lain selain daripada hukum-Nya adalah jahiliyah sebagaimana yang disebut dalam ayat 50 surah al-Maidah :

“Sesudah itu, patutkah mereka berkehendak lagi kepada hukum-hukum jahiliyah? padahal – kepada orang-orang yang penuh keyakinan – tidak ada sesiapa yang boleh membuat hukum yang lebih baik daripada Allah.”
Orang-orang yang yakin ialah orang-orang yang yakin kepada Allah dan Rasulullah s.a.w, iaitu yakin kepada Islam mestilah yakin juga kepada hukum Allah dan tidak yakin kepada yang lain daripada hukum Islam.
Allah juga menamakan hukum yang lain daripada Islam sebagai jahiliyah atau hukum yang menurut hawa nafsu. Dan yakin kepada hukum yang lain bermakna tidak yakin kepada Allah.
Allah menjanjikan kelebihan, kurniaan, pahala dan syurga serta kebahagiaan di dunia dan di akhirat kepada siapa yang beriman dan beramal salih. Di antaranya mereka yang menegakkan hukum Allah.
Sementara syaitan pula menjanjikan kemiskinan, kepapaan, kesusahan dan kemunduran kepada siapa yang beramal dengan hukum Allah. Yang mana kamu lebih percaya? Kamu percaya kepada janji Allah atau kepada janji syaitan?
Tepuklah dada kamu dan tanyalah iman yang ada di dalam hati kamu itu. Sekiranya kamu bertanya iman yang sebenar, sudah tentu iman yang sebenar akan menerima hukum Allah.

Dipetik dari http://www.islamituindah.my

Wednesday 10 July 2013

KALIMAH BISMILLAH


Bismillah hirrahman nirrahim…merpakan satu sebutan yang mudah disebut, namun adakah kita benar-benar faham akan pengisian KALIMAH itu. BISMILLAH bermaksud “Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang”….‘alah..semua orang tahu apa maksudnya’..itu merupakan ungkapan yang sering kita dengar..Namun tidak ramai yang mempraktikkan satu kalimah yang cukup ringan lagi mudah tapi mempunyai hikmah yang cukup tinggi didalamnya..

Antara kelebihan Kalimah Bismillah hirrahman nirrahim ialah:

1.         Ianya merupakan Kalam Pertama yang ditulis dalam Al Quran dan secara tidak langsung ianya merupakan Kalam Pertama yang disebut di dalam setiap surah.

2.         Di dalam satu Hadith Qudsi menceritakan bahawa Allah Subhanahuwataala menyatakan kepada Baginda Nabi Muhammad S.A.W “Bismillah untuk Mu dan umat Mu, maka suruhlah mereka apabila memohon sesuatu mulai dengan Bismillah” dan menurut hadith tersebut lagi diriwayatkan bahawa Baginda Nabi Muhammad S.A.W tidak pernah meninggalkannya walau sekejap mata sekalipun.

3.         Tak kala sewaktu Kalimah Bismillah diturunkan ke dunia, maka semua awan berlari kea rah barat, angin terdiam, air laut bergelora dan syaitan berada dalam keadaan terdampar.

4.         Bismillah itu merupakan penawar bagi kesakitan dan bagi yang membacanya pasti diberikan keberkatan.

5.         Barang siapa yang membaca Bismillah nescaya akan bertasbihlah gunung ganang kepadanya.


Dan banyak lagi…Justeru marilah kita amalkannya dalam apa jua pekerjaan kita, Semoga Allah memberkati setiap amalan kita.

Saturday 1 June 2013

PENGHINAAN TERHADAP PEJUANG ISLAM

Saya ingin kongsikan satu keratan yang dijadikan bahan lawak oleh segelintir orang barat terhadap pejuan Islam..

A Taliban was sitting in a cave when he hears over a dune the voice of one American solider: "One American solider is better then 10 Taliban fighters" so the Taliban angry sent over ten of his high-ranking soldiers. After a lot of gun fire and yelling and screams of agony the Taliban heard the voice again. "One American solider is better then 100 Taliban fighters" So the Taliban sends over 100 of his highest ranked soldiers sure of victory. After a lot of gun fire and yelling and screams of agony the Taliban heard the voice again. "One American solider is better then 1000 Taliban fighters" So the Taliban sent his toughest, meanest, personal guards over the dune. After hundreds of bullets fired, and explosions and the screaming and crying, it was over. The Taliban now wondering what happened goes over the dune where he finds a wounded Taliban solider who says "don't send anymore men it's really a trap there is really two of them!"

Apa komen kita????

Wednesday 29 May 2013

KEDUDUKAN ISLAM DALAM PERLEMBAGAAN NEGARA

  • SAYA INGIN BERKONGSI SEDIKIT ILMU DENGAN PARA PEMBACA BERHUBUNG KEDUDUKAN ISLAM DALAM PERLEMBAGAAN NEGARA MALAYSIA YANG DIPEROLEHI DARI JAKIM
  • 1. KEDUDUKAN ISLAM & YDPA DLM PERLEMBAGAAN• FASAL (1) PERKARA 3 MEMBERIKAN KEDUDUKAN ISTIMEWA KEPADA AGAMA ISLAM SEBAGAI AGAMA UTAMA DAN DOMINAN DALAM PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN. AGAMA-AGAMA LAIN TIDAK DIBERIKAN STATUS YANG SAMA SEPERTI ISLAM KERANA AGAMA-AGAMA LAIN TERSEBUT TIDAK DINYATAKAN SECARA SPESIFIK DALAM PERLEMBAGAAN.
  • 2. KEDUDUKAN ISLAM & YDPA DLM PERLEMBAGAAN• BERDASARKAN FASAL (2) DAN FASAL (5) PERKARA 3 SULTAN NEGERI-NEGERI MENJADI KETUA AGAMA ISLAM DI NEGERI MASING-MASING DAN YDPA MENJADI KETUA AGAMA ISLAM DI SABAH, SARAWAK, PENANG, MELAKA DAN WILAYAH-WILAYAH PERSEKUTUAN. KEDUDUKAN ISTIMEWA ISLAM SEBAGAI AGAMA UTAMA DAN DOMINAN TURUT DIKUKUHKAN MELALUI FASAL (1) DAN FASAL (4) PERKARA 11 PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN.
  • 3. KEDUDUKAN ISLAM & YDPA DLM PERLEMBAGAAN• KEDUDUKAN ISTIMEWA ISLAM JUGA TERSERLAH DGN SUMPAH JAWATAN YANG DI-PERTUAN AGONG [JADUAL KEEMPAT DIBACA BERSAMA PERKARA 37 PERLEMBAGAAN]. BERDASARKAN PERUNTUKAN TERSEBUT, YDPA MEMPUNYAI TUGAS & TANGGUNGJAWAB MEMELIHARA ISLAM PD SETIAP MASA DI NEGARA INI. OLEH ITU, TUGAS & TANGGUNGJAWAB INI TURUT TERPAKAI KPD KERAJAAN PERSEKUTUAN DLM MENJALANKAN FUNGSI EKSEKUTIFNYA.
  • 4. FATWA• MENURUT KEPUTUSAN FATWA KEBANGSAAN TAHUN 1996• ISLAM DI MALAYSIA HENDAKLAH HANYA BERASASKAN AHLI SUNNAH WAL JAMAAH DARI SEGI AQIDAH, SYARIAH & AKHLAQ
  • 5. PERANAN JAKIM DALAM AKIDAH ISLAM• MEMANTAPKAN AKIDAH UMAT ISLAM• MENGAWAL PENGARUH AJARAN SESAT• MEMBENDUNG DIAYAH AGAMA LAIN 

  • ANCAMAN AJARAN SYIAH
  • 1. FATWA KEBANGSAAN• MUZAKARAH JAWATANKUASA FATWA KEBANGSAAN YANG DIADAKAN PADA 2 DAN 3 MEI 1996 DI LANGKAWI KEDAH TELAH MEMBUAT KEPUTUSAN PENTING MENGENAI PEGANGAN AQIDAH DI NEGARA INI. ANTARA KEPUTUSAN ITU IALAH:-• “MENETAPKAN BAHAWA UMAT ISLAM DI MALAYSIA HENDAKLAH HANYA MENGIKUTI AJARAN ISLAM YANG BERASASKAN PEGANGAN AHLI SUNNAH WAL JAMAAH DARI SEGI AQIDAH, SYARIAH DAN AKHLAK”. 6/24/2012• © Hakcipta Terpelihara JAKIM • 12• 12
  • 2. FATWA KEBANGSAAN• MEMPERAKUKAN PINDAAN KEPADA SEMUA UNDANG-UNDANG NEGERI YANG BERHUBUNG DENGAN HUKUM SYARAK BAGI MENYELARASKAN TAKRIF “HUKUM SYARAK” ATAU “UNDANG-UNDANG ISLAM” SEPERTI BERIKUT:• “HUKUM SYARAK” ATAU “UNDANG- UNDANG ISLAM” ERTINYA UNDANG- UNDANG ISLAM YANG BERASASKAN PEGANGAN AHLI SUNNAH WAL JAMAAH DARI SEGI AKIDAH, SYARIAH DAN AKHLAK.
  • ANCAMAN SALAFI WAHABI
  • 1. DASAR TNTG WAHHABIYYAH•DIBINCANGKAN DLM MJFK KALI KE-12/1985, KE-14/1985, KE-16/1986, KE-40/1996, KE-42/1997 & KE-44/1998. JUGA DI DALAM MESYUARAT PANELKAJIAN AQIDAH JAKIM PADA KALI KE-14/2000, KE-20/2002 & KE-23/2003. KESEMUA KEPUTUSANADALAH MENYEKAT PENULARAN FAHAMANWAHHABIYYAH ATAS ALASAN ISU-ISUKHILAFIYYAH FIQHIYYAH YANG DIBANGKITKANBOLEH MENGGUGAT PERPADUAN UMAT ISLAM DIMALAYSIA. BAGAIMANAPUN KEPUTUSANTERSEBUT TIDAK MEMUTUSKAN WAHHABIYYAHSEBAGAI AJARAN SESAT. 

  • ANCAMAN EKSTRIMIS ASYA‟IRAH
  • 1. • METODOLOGI DAKWAH SYEIKH ABDULLAH AL-HARARI JAM’IYYAH AL-MASYARI’ AL-KHAIRIYYAH AL-ISLAMIYYAH DAN YANG SEALIRAN DENGANNYA BERKEMUNGKINAN HANYA SESUAI DENGAN WAQI’ SETEMPAT DI LUBNAN TETAPI IA TIDAK SESUAI UNTUK DIGUNAPAKAI DI NEGARA INI. SEBAGAIMANA MAKLUM, PENDEKATAN YANG DIAMBIL OLEH KERAJAAN DALAM MENANGANI ISU SALAFIYYAH/WAHHABIYYAH DI MALAYSIA ADALAH DENGAN MENYELESAIKAN ISU-ISU YANG MENJADI KONTROVERSI SAHAJA.

  • ISU SENAMAN YOGA
  • 1. SEBAB PENGHARAMAN YOGA• KEWAJIPAN UMAT ISLAM MEMELIHARA AQIDAH DARIPADA SEGI NIAT, PERKATAAN DAN PERBUATAN• PERINTAH SUPAYA UMAT ISLAM ISTIBRA‟ (BERLEPAS DIRI) DARIPADA PERIBADATAN AGAMA LAIN• LARANGAN MENYERUPAI PERBUATAN IBADAH AGAMA LAIN• MENYEKAT JALAN-JALAN KEROSAKAN / KEBINASAAN (SAD AL-ZARA‟I„)• MATLAMAT UNTUK MEMELIHARA KESIHATAN TIDAK BOLEH MENGHALALKAN CARA
  • 2. KEPUTUSAN FATWA KEBANGSAAN TENTANG YOGA• MUZAKARAH JAWATANKUASA FATWA MAJLIS KEBANGSAAN BAGI HAL EHWAL ISLAM MALAYSIA YANG BERSIDANG PADA 22-24 OKTOBER 2008 TELAH MEMUTUSKAN BAHAWA MENGAMALKAN SENAMAN YOGA SECARA SISTEMATIK YANG MENGANDUNGI UNSUR FALSAFAH HINDU SEPERTI BACAAN MANTERA DAN PEMUJAAN YANG BERMATLAMATKAN BERSATU DENGAN TUHAN ADALAH TIDAK BERSESUAIAN DAN BERTENTANGAN DENGAN AJARAN ISLAM.

  • ISU KALIMAH ALLAH
  • 1. PENDIRIAN MAJLIS-MAJLIS AGAMA ISLAM NEGERI • KES SEBEGINI TIDAK BOLEH DIBICARAKAN (NON JUSTICIABLE) KERANA IA MELIBATKAN KEDUDUKAN AGAMA ISLAM SEBAGAI AGAMA NEGARA DAN RAJA-RAJA SEBAGAI KETUA AGAMA BAGI NEGERI-NEGERI SERTA TERDAPAT UNDANG-UNDANG KAWALAN PENGEMBANGAN AGAMA YANG BERKUATKUASA DI NEGERI-NEGERI. PEGUAM KANAN PERSEKUTUAN YANG MEWAKILI MENTERI DALAM NEGERI JUGA TELAH BERSETUJU DENGAN HUJAH TERSEBUT.
  • 2. • MUZAKARAH JAWATANKUASA FATWA MAJLIS KEBANGSAAN BAGI HAL EHWAL UGAMA ISLAM MALAYSIA KALI KE-82 YANG BERSIDANG PADA 5 HINGGA 7 MEI 2008 MEMUTUSKAN BAHAWA PENGGUNAAN KALIMAH ALLAH ADALAH KHUSUS BUAT AGAMA DAN UMAT ISLAM SAHAJA.

  • ANCAMAN ISLAM LIBERAL & PLURAL
  • 1. FATWA• MUZAKARAH JAWATANKUASA FATWA MAJLIS KEBANGSAAN BAGI HAL EHWAL UGAMA ISLAM MALAYSIA YANG BERSIDANG BUAT KALI KE 74 PADA 25-27 JULAI 2006 YANG LALU TELAH MEMUTUSKAN PEMIKIRAN ISLAM LIBERAL ADALAH SESAT DAN MENYELEWENG DARIPADA SYARIAT ISLAM.
  • 2. SEKIAN. TQ.SEBARANG KEMUSYKILAN @ ADUAN?SILA RUJUK TERUS KE CAWANGAN AKIDAH BAHAGIAN PENYELIDIKAN JAKIM

Friday 26 April 2013

ISU SEMASA

Terdapat beberapa isu semasa yang saya tidak sempat untuk memberikan respon, walaupun agak ramai yang meminta ulasan. Isu-isu semasa yang berkait dengan Islam seperti keputusan kabinet untuk membiarkan anak kekal dalam agama masing-masing walau selepas ibu bapanya memeluk Islam, penggunaan nama Allah bagi penganut Kristian, orang bukan Islam membaca ayat Al-Quran dan isu bahasa Melayu untuk pengajarn sains dan matematik.
Bagi tidak menghampakan mereka yang bertanya dan menjelaskan pandangan saya, tulisan ini dibuat, namun disebabkan oleh kekangan masa dan memandangkan agak ramai ilmuan Islam telah menulis berkenaan hal ini, saya tidak akan menghurai panjang lebar beserta dalil, cukup sekadar menjelaskan pandangan saya sebagai menjawab soalan ringkas dari mereka yang bertanya.
PERTAMA  : ORANG BUKAN ISLAM MEMBACA AL-QURAN
Isu ini timbul dari kempen ceramah politik pakatan rakyat di pilihanraya Kecil Bukit Gantang, terdapat dua kelompok masyarakat Islam ketika mengamati peristiwa ini. Pertama : Yang tidak bersetuju serta menganggap ia sebagai penghinaan khususnya disebabkan kesilapan sebutannya dan nama surah. Kedua : yang tidak melihat sebagai satu kesalahan malah menganggapnya sebagai satu kelebihan buat Islam.
Setelah mendengar sendiri ucapan Yang Berhormat yang berkenaan di youtube, dan setelah meneliti hujjah kedua-dua kelompok, saya secara peribadi dan atas dasar ilmiah, tidak nampak sebarang masalah yang besar atau yang boleh dihebohkan.
Ia adalah kerana :-
1)   Banyak dalil jelas menunjukkan bukan Islam turut membaca sama ada secara tertutup atau terbuka ayat-ayat al-quran di zaman Nabi sa.w. Malah ayat-ayat al-Quran digelar mu'jizat (sesuatu yang mencarik adat dan luar biasa serta melemahkan musuh), apabila ayat-ayatnya diteliti oleh ahli sastera kafir quraisy, tatkala itulah baru mereka mendapati Al-Quran adalah sebuah kalam Allah dan bukan hasil pemikiran manusia.
2)   Nabi s.a.w turut menghantar surat yang mengandungi ayat-ayat Al-Quran kepada pemimpin bukan Islam di zamannya. Tentunya ia dibaca dan sememangnya untuk diwarwarkan.
3)   Ayat Al-Quran juga turut dibaca oleh Umar al-Khattab semasa beliau belum Islam. Akhirnya menjadikannya Islam.
4)   Ayat yang dibaca bukan dalam intonasi dan situasi menghina tetapi adalah untuk menegaskan intipati keperluan kepada kesaksamaan dan keadilan dalam kehidupan. Benar, ia adalah satu penghormatan dan bukan penghinaan.
5)   Kesalahan sebutan dan nama surah, adalah dimaafkan bagi mereka yang dalam pembelajaran, apatah lagi orang bukan Islam. Terlalu ramai umat Islam yang masih gagal membaca al-Quran dengan betul malah ramai juga yang langsung tidak mampu membacanya. Tun Dr Mahathir turut pernah menyebut nama surah  dengan sebutan yang salah, ketika menyampaikan ceramah umum beliau di Nilam Puri pada tahun 1993, semasa beliau menghentam PAS yang ingin memperkenalkan hudud. Saya berada di sana ketika itu, namun tiada rakaman yang boleh dikongsikan.

KEDUA : PENGGUNAAN NAMA ALLAH OLEH KRISTIAN
Isu ini turut menjadi hangat khususnya apabila terdapat beberapa pandangan diberikan oleh kumpulan ilmuan. Kumpulan pertama yang tidak membenarkan dengan pelbagai hujjah dan nas, demikian juga kumpulan kedua. Secara asasnya, ini adalah isu cabang dalam bab aqidah yang tidak sama sekali menjatuhkan seseorang dalam kekafiran, perbezaaan pendapat dan ijtihad adalah dibenarkan dalam hal ini.
Dalil-dalil yang diutarakan oleh kedua-dua kumpulan, masih terdiri dari dalalah yang zhonniah, hasil takwilan dan tafsiran. Hanya yang tidak memahami ilmu Usul Fiqh sahaja akan merasakan ia tergolong dalam hal usul yang jatuh kufur bagi yang berbeza. Juga tiada wajar bagi menuduh secara rambang bahawa sesiapa yang membenarkan tergolong dalam kategori Islam liberal, mungkin sebahagiannya benar ingin menyamaratakan semua agama, namun tidak semuanya membenarkan dengan niat sedemikian.
Setelah melakukan penilaian terhadap pelabagai hujjah dan pandangan silam dan kontemporari. Secara asasnya, saya lebih cenderung kepada pendapat yang membenarkan penganut kristian untuk menggunakan nama Allah swt. Antara nas yang paling jelas adalah :
Dan sesungguhnya, jika kamu (Wahai Muhammad) bertanya kepada mereka: "Siapakah yang menciptakan mereka?" sudah tentu mereka akan menjawab: "Allah!". (jika demikian) maka bagaimana mereka rela dipesongkan? Dan (Dia lah Tuhan Yang mengetahui rayuan Nabi Muhammad) yang berkata: Wahai Tuhanku! Sesungguhnya mereka ini adalah satu kaum yang tidak mahu beriman!" (al-Zukhruf : 87-88).
Ini hanya satu dalil sahaja, memang boleh diperdebatkan dengan pelbagai sisi pandang SEPERTI mentafsirkan Allah dalam ayat itu bukan sebagai ‘ALLAH' dalam konteks yang dikhususkan oleh Islam yang terkandung di dalam surah al-Ikhlas, tetapi adalah tuhan pencipta secara umum.
Namun di dalam kaedah dalam fiqh, memerlukan kepada dalil lain jika takwilan sedemikian ingin dilakukan. Khususnya masyarakat Jahiliyyah sudah sedia maklum berkenaan agama yang dibawa oleh Nabi Ibrahim a.s, dan Allah telah difahami merujuk kepada siapa.
Cukuplah, saya tidak ingin menghurai panjang dan berbahas dalam hal ini, hakikatnya banyak lagi nas dan dalil lain yang menyokong kepada keadaan membolehkan tersebut. Menurut penilaian dan pengamatan saya, pandangan membolehkan adalah terlebih kuat dari hujah kumpulan yang menolak.Saya juga kurang bersetuju untuk dipisahkan nama Allah kepada penegrtian lughah (dari sudut bahasa secara literal kononnya merujuk kepada tuhan umum), dan Allah secara istilah yang merujuk kepada Allah yang disebut di dalam surah al-Ikhlas.
Satu lagi, perlu diingat, sama ada nama Allah digunakan di dalam Bible atau tidak, itu tidak sama sekali  penting untuk kita, kerana Bible bukan rujukan kita tetapi Al-Quran. Oleh itu, merujuk  kepada bible dalam mencari pendirian dalam hal ini adalah salah sama ada secara sedar atau tidak sedar. Umat Islam hanya merujuk Al-Quran dan Hadis dalam menentukan sikap dan pendirian, bukan Bible. Apatah lagi Bible yang wujud hari ini bukannya injil yang diturunkan kepada Nabi Isa as.
TETAPI ..
Namun demikian, itu adalah dalam konteks penelitian dalil dan nas, atau konteks ilmiah. Dalam konteks kesesuaian dan Siyasah Syari'yyah khususnya bagi mengelakkan salah guna dan kekeliruan khususnya di Malaysia, saya cenderung untuk BERSETUJU PENGHARAMAN PATUT DIBUAT oleh pihak kerajaan.
Selain itu, saya juga tidak setuju istilah lain seperti solat, kaabah digunakan oleh pihak Kristian.
Memang benar, mudarat dan maslahat mungkin sahaja berbeza mengikut penilaian masing-masing, dan tentunya ia bakal memberikan kecenderungan berbeza-beza. Namun pada hemat dan penilaian saya, unsur kemudaratan lebih wajar dielakkan dalam hal ini. Justeru itu, penggunaan nama Allah oleh pihak Kristian khususnya dalam penulisan mereka, amat wajar dilarang oleh pihak kerajaan. Ye di dalam hukum Islam, kerajaan berhak memutuskan hukuman di dalam konteks menghalang mudarat.
Terutamanya apabila mengenang keadaan umat Islam yang ada hari ini terlalu amat lemah. Keadan missionary bukan Islam yang amat galak untuk menggunakannya dengan tujuan-tujuan tertentu. Kemunculan beberapa kumpulan bukan Islam yang dirasakan akan mempermainkan dan menyalahgunakan nama Allah dalam tulisan mereka secara berleluasa.  Jika dilakukan kajian teliti terhadap hal mudarat ini, eloklah ia dilarang.
Sekali lagi perlu diingatkan, perlu diperbezakan keputusan hukum dan siyasah syar'iyyah Sekuat manapun hujjah untuk membenarkan kristian menggunakan nama Allah, namun dari sudut mudarat, ia wajar dilarang sama ada dalam tempoh tertentu atau berterusan atau mungkin boleh dibenarkan tetapi dengan syarat-syarat tertentu bagi menhindarkan mudarat yang boleh menimpa orang awam Islam yang lemah.

KETIGA :  ANAK KEKAL DALAM AGAMA ASAL
Berlaku lagi isu yang dianggap sensitif berkait isu agama, sebagaimana kes jenazah individu yang dipertikai sama ada telah menganuti Islam atau tidak semasa hayatnya.
Merujuk kepada laporan akhbar tempatan, keputusan kabinet Menteri memutuskan bahawa setiap ibu bapa yang menukar agamanya ke agama lain, anak-anak mereka yang dibawah umur tidak akan bertukar secara automatik, malah mereka akan kekal dalam agama asal sehinggalah mereka dewasa dan membuat keputusan sendiri selepas itu.
Pelbagai artikel ditulis dalam hal ini, saya tidak berhasrat untuk mengulang-ulang apa yang telah ditulis. Fatwa dari empat mazhab turut disertakan. Secara ringkasnya, majoriti mazhab berpandangan anak akan menjadi Islam secara automatik sama ada ayah atau ibunya menganuti Islam. Manakala mazhab Maliki pula hanya meletakkan kemasukkan Islam secara automatik itu hanya berlaku jika si ayah yang menganuti Islam. Justeru itu, menurut pandangan keempat-empat mazhab, kes  yang berlaku di Malaysia ini, anak turut automatik menjadi Islam.

PKPIM juga ada mengeluarkan kenyataan yang baik, disamping menyertakan beberapa kes lama yang boleh dijadikan panduan dalam menetapkan sikap terhadap kes terbaru ini, iaitu :-
"Berdasarkan kes Subashini Rajasingam lwn Saravanan Thangathoray, Mahkamah Persekutuan telah memutuskan bahawa si bapa mempunyai autoriti dan kuasa untuk mengislamkan anak berlandaskan Perkara 12(4) Perlembagaan Persekutuan walaupun tanpa persetujuan ibu.

"Sementara itu, Perkara 12(4) Perlembagaan Persekutuan telah menyatakan bahawa agama bagi seseorang yang di bawah umur 18 tahun perlu ditentukan oleh ibu-bapa (salah seorang) atau penjaga.

"Manakala Seksyen 95 Akta Pentadbiran Undang-Undang Islam 1993 telah memperuntukkan bahawa seorang anak yang berumur 18 tahun ke bawah boleh memeluk agama Islam sekiranya ibu-bapa (salah seorang) atau penjaga anak tersebut memberi keizinan,"
Secara kesimpulan, sudah tentu saya cenderung kepada pendapat majoriti yang menganggap secara autoamtik anak-anak menjadi Islam. Namun demikian adalah lebih tepat dan hikmah jika si suami dapat mengambil keputusan bijak mengelakkan isu ini dibawa ke mahkamah dan berusaha sedaya mampu mengajak isterinya tuurt serta menganuti islam sebagai cara hidup mereka. Dapatkan bantuan bijak pandai antara agama jika perlu.
Selain itu amat wajar untuk pihak berkuasa merujuk Majlis Fatwa Kebangsaan sebelum melakukan sebarang kenyataan umum berkait isu Islam. Saya bersetuju dengan pendapat Mufti Perak bahawa isu ini memerlukan perbincangan Majlis Fatwa Kebangsaan,
Namun masalah yang paling ketara jika dirujuk ke Majlis Fatwa adalah tidak pasti bilakah mereka mampu memberi respond dan jawapan. Wallahu'alam.

KEEMPAT : ISU PENGGUNAAN BAHASA INGGERIS BAGI MENGAJARKAN MATEMATIK DAN SAINS
Ini juga isu hangat yang ditanyakan kepada saya, namun saya tidak mampu memberikan banyak idea berkenaan isu ini khususnya kerana ia adalah satu isu yang lebih dominan berkaitan keputusan politik dalam sesebuah negara.  
Apa sahaja yang diputuskan oleh pihak kerajaan sememangnya perlu berdasarkan hasil kajian terperinci teori dan praktikal, kesan dan target, perbincangan peringkat atasan, ahli akademik, guru, murid, ibu bapa dan ahli politk. Hanya selepas ini semua dilalui, barulah pihak kerajaan patut memutuskan keputusan. Bagi saya, itu cara terbaik jika sesebuah kerajaan menghormati minda dan idea rakyatnya. Malah setiap keputusan yang diambil pula tidak semestinya tidak boleh dibuah, boleh sahaja dicuba beberapa tahun dan dilihat kesan buruk dan baiknya, kemudian ia terbuka kepada pindaan dan perubahan. Yang menjadi maslaah hari ini, kerajaan mungkin malu untuk membuat penilaian dan pindaan kerana bimbang akan dituduh sebagai flip flop dan yang sepertinya.
Perlu diingat, tekanan politik yang menghentam sehingga terlebih had, sehingga bertindak dan tidak bertindak, kedua-duanya akan dihentam, bakal membawa kerugian kepada banyak pihak. Ada kalanya terdapat individu yang ingin melakukan perubahan kebaikan, tetapi membatalkannya kerana tidak mahu dihina dan dimalukan akibat dituduh flip flop selain dianggap tidak cekap dalam membuat keputusan politik. Padahal, keputusan untuk sesebuah negara bukan mudah, malah dengan kajian sekalipun, ia mungkin sahaja tersilap atau berubah berdasarkan keperluan dan zaman.
Malah para ulama sendiri pun banyak yang terpaksa mengubah fatwa dan pendirian apabila mendapat info baru. Seperti Imam As-Syafie yang mengubah beberapa fatwanya ketika berada di Mesir. Adakah ini menjadikan Imam Syafie rh, flip flop dan tidak cerdik.? Tidak timbul isu tidak cerdik sebenarnya, itulah adalah sifat kemanusiaan biasa yang ilmu kita terbatas.
Lihat sahaja, kerajaan Britain hari ini, bajet terbaru menyaksikan pihak parti pemerintah terpaksa mematahkan janji manifestonya untuk tidak menaikkan cukai pendapatan individu, tetapi bajet pada minggu lepas (April 2009) menyaksikan mereka terpaksa menaikkan juga cukai individu kaya. Hasilnya, mereka dilanyak sepuas hati oleh pembangkang yang diketuai oleh David Cameroon. Itulah politik kepartian yang merugikan banyak pihak jika tidak ditangani dengan baik.
Bagi saya secara peribadi, tiada pandangan yang lebih saya cenderung kerana saya tidak punyai data yang mampu menyokong atau menolak. Saya telah baca banyak tulisan sokongan dan bantahan, tetapi semuanya tidak cukup untuk saya menetapkan keputusan buat masa ini.
Semoga apa yang dicoretkan mampu memberi sedikit sebanyak manfaat buat anda.