Jemaah

Thursday 10 October 2013

HADIAH AL FATIHAH

Al Fatihah dan pengertian
Mendidik anak bukan sesuatu yang mudah. Kita hanya mempunyai satu peluang sahaja untuk mendidik, melentur mereka iaitu ketika mereka masih rebung ie kecil. Bila sudah menjadi buluh ie besar, tersilap lentur akan patah ia dan silap haribulan boleh patah riuk jadinya. Bila kita melihat muda-mudi yang kian rosak akhlaknya, kita yang masih mempunyai anak-anak kecil merasa cemas dibuatnya..andai kata tersilap didik maka peluang untuk berpatah balik adalah sukar...Allah Huakbar!!

Sebab itu setiap kali bertemu dengan ibubapa yang saya anggap berjaya dalam memberi didikan kepada anak-anak mereka dengan baik, pasti saya akan bertanya, APAKAH RAHSIANYA. Berbagai jawapan yang saya perolehi, namun ada satu jawapan yang cukup berbeza saya temui. APAKAH IA???

Menurut seorang hamba Allah ini, ada satu amalan yang dilakukan secara Istiqamah. Setiap kali selepas solat, beliau akan menghadiahkan surah AL FATIHAH buat Rasulullah S.A.W, ibu-bapanya, isteri yang melahirkan anak-anaknya dan anak-anaknya.