Jemaah

Saturday, 9 February 2013

Nasihat Untuk Remaja Wanita Sebelum Terlambat



Setiap manusia yang dilahirkan ke muka bumi ini tidak dapat lari dari melakukan kesilapan dan tersasar dari landasan suatu. Apa yang ingin saya ketengahkan ialah isu yang menyentuh remaja dewasa ini lebih-lebih lagi yang bergelar wanita. Banyak yang terjerat dengan pujuk rayu lelaki, saya yakin wanita berkenaan memberi hati mereka seikhlas hati, apatah lagi bila ditabur janji manis tinggi ke langit, dihambur kata-kata yang membuat kamu berada di awangan, dan yang paling hebat kerana berasa diri disayangi, ditatang bagai minyak yang penuh, dan hidupmu dipenuhi dengan kebahagiaan.
Yang Halal Adalah Yang Terbaik..
Namun alangkah indahnya jika si dia yang halal buat anda. Tidakkah anda rasa malu, segan bila berdampingan dengan seorang lelaki yang sama sekali bukan muhrim anda di khalayak ramai? Bergandingan tangan dengan lelaki yang bukan muhrim di hadapan orang ramai? Kemana hilangnya rasa malu bila berpelukan dan bercumbuan mesra yang mengundang persepsi negatif pada pandangan orang ramai bila melihatkan keadaan kamu?

Siti Aisyah r.a ada berkata:
“…demi Allah, tidak pernah Rasulullah s.a.w menyentuh tangan seorang perempuan lain yang bukan mahramnya, hanya baginda membai’ah mereka dengan percakapan.”
(Riwayat Imam Ahmad)
Subhanallah!
Indahnya teladan Baginda Rasulullah S.A.W....saya yakin emak..ayah..cikgu..guru kita pernah ajar kita dengan riwayat tersebut. Wahai wanita yang disayangi Allah..Janganlah kalian lalai, bertaubatlah sebelum terlambat..elakkan dari terlanjur..Jika kamu pernah melanggar perintah Allah dan jika kamu masih bernyawa ketika ini, saat ini, masih belum terlambat Dik..Masih belum terlambat untuk melakukanbertaubat...Masih belum terlambat untuk berubah...Masih belum terlambat untuk membersihkan jiwa...Masih belum terlambat selagi kita masih bernyawa. Jangan khuatir, Allah itu Maha pengasih lagi Maha Penyayang dan Maha Pengampun.
Berusaha, raih kembali cinta ilahi. Jangan sesekali kamu berputus asa meraih kembali cinta Allah. Allah sentiada ada dengan kita. Wanita, mahalkan maruah dirimu. Tidakkah kamu tahu harga diri wanita tersangatlah mahal? Alangkah ruginya jika kita memberi segala-galanya yang kita punya kepada yang bukan muhrim? Apakah yang akan kita berikan pada suami kita nanti?
Kelapa kalau dah ditebuk tupai..tak sapa yang mahu Dik..
Masyallah.
Berubahlah Dik..bertaubatlah. Masih belum terlambat. Bersyukurlah Allah tidak menarik kembali apa yang Dia berikan pada kamu sepanjang hayat kamu. Kembalilah padaNya. Allah tidak pernah meninggalkan kita. Percayalah. Dia sentiasa bersama kita. Bangkitlah sayang. Keluar dari dunia yang penuh dengan noda ini. Utamakan akhirat. Sesungguhnya dunia hanyalah sementara. Carilah bekalan untuk akhirat sementara hayat masih dikandung badan.

No comments:

Post a Comment