Manusia sentiasa berfikir dan akan terus berfikir selagi anugerah otak yang dianugerahkan oleh Allah SWT masih dapat berfungsi sebaik mungkin. Terutama dalam membuat keputusan untuk sesuatu perkara, atau mungkin juga berfikir dalam membuat penilaian tentang sesuatu.
Ramai di antara kita sememangnya mengetahui bahawa sesuatu keputusan yang baik yang diputuskan sudah tentu dipengaruhi oleh sudut-sudut pandangan tertentu. Semakin banyak sudut pandangan yang difikirkan maka sudah tentu keputusan dapat dihasilkan dengan cara yang terbaik. Tetapi bagaimana untuk berfikir dari sudut yang berbeza? Inilah yang menjadi sedikit sebanyak persoalan yang sering berlaku kepada mereka yang gagal untuk membuat keputusan yang baik.
Berfikir dari banyak sudut bermaksud berfikir tentang sesuatu masalah atau perkara yang difikirkan dengan melihat tentang kebaikan dan keburukan, positif dan negatif dan juga tersurat dan tersirat kepada masalah tersebut. Terutama bila permasalahan yang banyak melibatkan antara hubungan manusia sesama manusia. Bukan mudah untuk membuat keputusan dalam situasi seperti ini. Perselisihan faham sering kali akan menjadi lebih buruk jika berfikir hanya dilihat dari satu sudut sahaja dan mendengar dari satu pihak semata-mata.
Dalam situasi seperti ini cara berfikir amat penting dan perlu sensitif terhadap keseluruhan masalah. Jika konflik seumpama ini hanya difikirkan dari satu sudut sahaja atau mungkin mendengar dari satu pihak sahaja maka keputusan yang diputuskan sudah pasti akan memberi impak yang tidak baik dan juga bakal menyakiti hati sebahagian pihak yang lain.
Berfikir dari banyak sudut perlu dilakukan secara rasional dan terbuka serta tidak dipengaruhi oleh mana-mana pihak. Jangan sekali-kali membuat keputusan dalam keadaan emosi yang tidak stabil seperti dalam keadaan marah, sedih atau juga mungkin bersikap untuk kepentingan diri dan peribadi. Andai perkara-perkara ini mempengaruhi setiap sudut pandangan maka sudah tentu keputusan yang dicipta juga tidak tepat dan akan mengundang konflik-konflik yang lebih sukar untuk diselesaikan.
Oleh itu setiap pihak hendaklah sentiasa berfikir secara rasional dalam menangani satu-satu pemasalahan yang timbul agar ianya tidak menjadi semakin marak. Seperti apa yang kita lihat ketika ini bukan setakat pegawai-pegawai atasan sahaja yang tidak dapat berfikir secara rasional malahan staf bawahan mereka juga begitu. Bila kes ini timbul maka ada satu perasaan ketidak puas hati akan timbul di setiap mereka. Kadang kala pegawai atasan juga mempunyai ego yang mungkin tidak boleh menerima satu-satu cadangan ataupun isu-isu semasa yang bagi mereka boleh mengancam kewibawaan mereka. Namun begitu staf bawahan harus memahami setiap arahan kerja yang perlu mereka buat ketika di pejabat. Ada kalanya staf bawahan sendiri tidak memahami senarai tugas masing-masing ada pula yang berlagak mengalahkan pegawai atasan. Perkara ini akan menjadi satu penyakit di setiap jabatan/bahagian mahupun syarikat. Apabila fikiran tidak rasional ini berterusan maka ketidak stabilan emosi juga akan berlaku dimana berlakunya tekanan perasaan dan sebagainya.
Bodoh sial babi kepala otak kau keymaaa
ReplyDeleteamende la mncarut ii
DeleteJangan sampai aku masukkan batang aku dalam kau
DeleteI am very disappointed with this
ReplyDeletewhy lol
DeleteU must jaga bahasa ...jaga adab bila bercakap..
ReplyDelete