Jemaah

Wednesday 10 July 2013

KALIMAH BISMILLAH


Bismillah hirrahman nirrahim…merpakan satu sebutan yang mudah disebut, namun adakah kita benar-benar faham akan pengisian KALIMAH itu. BISMILLAH bermaksud “Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang”….‘alah..semua orang tahu apa maksudnya’..itu merupakan ungkapan yang sering kita dengar..Namun tidak ramai yang mempraktikkan satu kalimah yang cukup ringan lagi mudah tapi mempunyai hikmah yang cukup tinggi didalamnya..

Antara kelebihan Kalimah Bismillah hirrahman nirrahim ialah:

1.         Ianya merupakan Kalam Pertama yang ditulis dalam Al Quran dan secara tidak langsung ianya merupakan Kalam Pertama yang disebut di dalam setiap surah.

2.         Di dalam satu Hadith Qudsi menceritakan bahawa Allah Subhanahuwataala menyatakan kepada Baginda Nabi Muhammad S.A.W “Bismillah untuk Mu dan umat Mu, maka suruhlah mereka apabila memohon sesuatu mulai dengan Bismillah” dan menurut hadith tersebut lagi diriwayatkan bahawa Baginda Nabi Muhammad S.A.W tidak pernah meninggalkannya walau sekejap mata sekalipun.

3.         Tak kala sewaktu Kalimah Bismillah diturunkan ke dunia, maka semua awan berlari kea rah barat, angin terdiam, air laut bergelora dan syaitan berada dalam keadaan terdampar.

4.         Bismillah itu merupakan penawar bagi kesakitan dan bagi yang membacanya pasti diberikan keberkatan.

5.         Barang siapa yang membaca Bismillah nescaya akan bertasbihlah gunung ganang kepadanya.


Dan banyak lagi…Justeru marilah kita amalkannya dalam apa jua pekerjaan kita, Semoga Allah memberkati setiap amalan kita.