Saya terpanggil untuk mengulas kata-kata yang dikeluarkan oleh seorang insan bernama Mohd Hafizzul seperti berikut "Lagu ni lah yang menyebabkan orang Melayu menjadi rasis...siapa yang menggadaikan tanah Melayu...siapa yang curi duit LEMBU....siapa yang gadaikan DEB..dalam Islam kita tidak diajar dengan cara berpolitik sebegini..yang hina hudud juga orang UMNO dan MCA..yang banyak melakukan kezaliman juga adalah pemimpin UMNO..renung-renung kan lah"
Sebagaimana yang saya katakan sebelumnya, saya bukanlah pakar dalam aspek politik apatah lagi dalam aspek hiburan...tapi tak salah kalau saya kupas isu ini berdasarkan sedikit pengetahuan sejarah yang saya miliki.
Anak
Kecil Main Api
Terbakar
Hatinya Yang Sepi
Air
Mata Darah Bercampur Keringat
Bumi
Dipijak Milik Orang
Nenek
Moyang Kaya Raya
Tergadai
Seluruh Harta Benda
Akibat
Sengketa Sesamalah Kita
Cinta
Lenyap Di Arus Zaman
Indahnya
Bumi Kita Ini
Warisan
Berkurun Lamanya
Hasil
Mengalir Ke Tangan Yang Lain
Peribumi
Merintih Sendiri
Masa
Depan Sungguh Kelam
Kan
Lenyap Peristiwa Semalam
Tertutplah Hati Terkunci Mati
Maruah
Peribadi Dah Hilang
Kini
Kita Cuma Tinggal Kuasa
Yang
Akan Menentukan Bangsa
Bersatulah
Hati Bersama Berbakti
Pulih
Kembali Harga Diri
Kita
Sudah Tiada Masa
Majulah
Dengan Maha Perkasa
Janganlah
Terlali Teruskan Usaha
Melayu
Kan Gagah Di Nusantara
Sebagaimana yang kita tahu, Tanah Melayu mempunyai sejrahnya yang tersendiri.Bermula dari sejarah Melaka, akibat persengketaan sesama Melayu berakhir dengan hilangnya Kesultanan Melaka. Begitu juga dengan Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Johor, Kedah..semuanya akibat persengketaan sesama sendiri....dan sebagaimana kita tahu kesudahannya negara tergadai..penjajahan bermula, migrasi kaum bermula, bangsa asing dibawa masuk atas alasan pekerja mahir walhal tujuan sebenar ialah untuk mengaut keuntungan dan memperluaskan empayar pemerintahan. Perkembangan ideologi bermula dan dalam masa yang sama penyatuan bangsa Melayu mula nampak. Namun disebabkan aliran ideologi sekali lagi memisahkan umat Melayu apabila lahirnya pertubuhan-pertubuhan seperti KMM, KMS, PKM, API, AWAS, PAS, UMNO, PSRM, MU (bukan Manchaster United tapi Malay Union) dan berbagai macam lagilah..masing-masing berjuang menuntut KEMERDEKAAN...persoalannya WHY terlalu banyak pertubuhan..jawapannya sebab mereka mewakili kumpulan yang berbeza, mewakili kelompok yang berbeza, mewakili daerah, kampung dan berbagai lagilah...dalam aspek ini bukankah ini bukti yang menunjukkan bahawa perpecahan bermula??? Kenapa tak bersatu dalam satu pertubuhan saja kalau betul nak menentang penjajahan...agaknya mana yang penjajah lebih gerun, penentangan oleh 50 kumpulan ataupun satu kumpulan yang di dalamnya berkekuatan ramai??? Jawapannya yet to be debated.
Salahke kalau kita juruskan ideologi masing-masing ke arah satu hala tuju, satu matlamat??? So berbalik kepada lagu Anak Kecil Main Api..tujuannya ialah untuk mngingatkan kita Bangsa Melayu agar tidak kecundang untuk kesekian kalinya. Lihatlah perpecahan yang wujud sekarang, Melayu kian hilang dan yang lain pula muncul.
Berbalik kepada Mohd Hafizzul, Tanah Melayu adalah milik kita, kitalah yang harus menjaganya, isu rasis tidak timbul sebab ianya adalah berkaitan hak. Pernahkah kalian ke Indonesia atau Thailand? Pernahkah kalian terjumpa nama Wong Chea Lok, Kuppusamy??? Nescaya tidak ada nama tersebut, yang ada Rudy Hartono, Kalamsah Widjoyono, Prowimchit Saisapong dan berbagai lagi. Why??? Sebab memang sedari awal mereka dah nampak implikasi sebagaimana di Tanah Melayu akan berlaku, maka untuk menyemat sifat ketatanegaraan dan semangat jati diri maka kesemua umat di negara tersebut perlu menggunakan nama Indonesia atau Thailand. Namun di Malaysia kita membenarkan penggunaan nama kelompok masing-masing sebagai tanda hormat akan asal usul setiap keturunan mahupun bangsa, akan tetapi ianya bukan berarti hak kesitimewaan Peribumi boleh digugat. Kita bukan rasis..kalau saudara pergi kemana-mana sahaja dalam dunia ni, hak peribumi harus dihormati.
Justeru dalam aspek ni, lagu Anak Kecil Main Api tidak bersifat rasis malah untuk memperingatkan kita orang melayu agar tidak berkelahi sesama sendiri...jangan sampai Menang Sorak Tapi Kampung Tergadai..
No comments:
Post a Comment