propaganda bertujuan untuk menjatukan kredibiliti seseorang..namun tidakkah mereka sedar bahawa mereka telah mempermainkan hukum |
Dewasa ini kita dapat perhatikan ramai masyarakat Malaysia yang terdiri dari golongan Islam apabila melontar sesuatu kenyataan untuk mempengarui orang lain terutama melibatkan aspek Islam dan hukumnya, tanpa disedari mereka menimbulkan keraguan akan tahap keimanan mereka serta pengetahuan mereka dalam aspek Islam.Saya tidak berniat untuk berhujah apatah lagi memalukan sesiapa, namun menerusi pembacaan..sebagai saudara seIslam saya berpendapat ianya perlu diketengahkan demi menjaga Islam serta akidah kita sendiri....Janganlah kita memperolokkan aspek Agama, apa yang dituntut di dalam Islam dan Al Quran janganlah kita nafikan dengan pendapat akal....Pandangan para ulamak janganlah disanggah dengan sewenang-wenangnya tanpa kita faham akan intipati Al Quran itu sendiri...
Di dalam Surah At Taubah ayat 65, Allah Subhanahuwataala ada berfirman:
"Dan sesungguhnya jika kamu tanya kepada mereka (tanggapan apa yang mereka lakukan itu) nescaya mereka akan menjawab; sesungguhnya kami hanyalah bersendagurau dan bermain-main saja. Katakanlah, apakah dengan nama Allah, ayat-ayatNya dan Rasulnya kamu selalu berolok-olok."
Menerusi Surah Al Imran ayat 18 pula Allah berfirman:
Allah menyatakan bahasanya tidak ada Rabb melainkan Dia (yang berhak disembah), dan Yang menegakkan keadilan para malaikat dan orang-orang yang berilmu (juga menyatakan hal yang demikian). Tidak ada Rabb melainkan Dia (yang berhak disembah), Yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana."
Dan di dalam Surat Fathir ayat 28, dengan jelas Allah Subhanahuwataala berfirman:
Sesungguhnya yang takut kepada Allah di antara hamba-hamba Nya hanyalah ulamak. Sesungguhnya Allah Maha Perkasa lagi Maha Pengampun."
Justeru jagalah aqidah kita apabila kita melontarkan ideologi yang dipegang terutama apabila bertujuan untuk mempengaruhi atau meraih sokongan. Wallahuaklam...
No comments:
Post a Comment