Jemaah

Sunday, 7 October 2012

Berfikir Kerana Allah S.W.T

Kalam Allah yang penuh dengan hikmah...

Semalam kita bercerita mengenai berfikir..hari ni cerita pasal berfikir lagi...Pada hakikatnya selagi kita bernafas selagi itulah kita akan sentiasa berfikir malah dituntut. Setiap hari sewaktu bekerja kita sentiasa berfikir mengenai pekerjaan kita. Kita berfikir tentang cara untuk meningkatkan prestasi kerja kita. Kita berfikir tentang cara untuk mengatasi masalah yang dihadapi. Selepas itu, kita berfikir pula tentang cara untuk mengekalkan prestasi yang baik. Akhirnya kita akan berfikir pula tentang cara untuk menghasilkan prestasi yang terbaik. Begitulah keadaan akal kita yang tidak pernah berhenti daripada berfikir. Tumpuan kita hanya kepada aspek duniawi...

Bagaimanakah pula dengan tanggung-jawab kita terhadap Allah SWT dalam hal berfikir ini? Apakah yang dituntut oleh Allah SWT dengan keupayaan berfikir yang ada pada kita? Untuk apakah Allah memberikan kita keupayaan berfikir? Apakah keutamaan orang yang berfikir menurut kehendak Allah? Apakah balasan dan kesudahan orang yang tidak mahu berfikir seperti yang Allah tuntut?

Sebenarnya Allah SWT memerintahkan kita untuk berfikir. Ianya boleh dilihat menerusi firman Allah di dalam Surah Ali Imran ayat 191 - 195 yang bermaksud:

“Orang yang mengingati Allah ketika berdiri dan duduk ketika berbaring dan mereka memikirkan tentang kejadian langit dan bumi (mereka mengatakan): Wahai Tuhan kami! Tidaklah Engkau menjadikan ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, peliharalah kami daripada seksa neraka.
“Wahai Tuhan kami, siapa yang Engkau masukkan ke dalam neraka, sesungguhnya Engkau hinakan dia, dan orang yang melanggar aturan itu tidak mempunyai penolong.

“Wahai Tuhan kami, sesungguhnya kami mendengar orang yang memanggil kepada keimanan: Berimanlah kepada Tuhanmu! Lalu kami beriman. Wahai Tuhan kami, sebab itu ampunilah dosa kami dan tutuplah kesalahan kami dan wafatkanlah kami bersama orang yang baik-baik.
“Wahai Tuhan kami, berikanlah kami apa yang telah Engkau janjikan kepada kami dengan perantaraan Rasul-rasul Engkau dan janganlah Engkau hinakan kami di akhirat. Sesungguhnya Engkau tidak memungkiri janji.

“Maka Tuhan memperkenankan permohonan mereka dan mengatakan: Sesungguhnya Aku tidak akan membuang percuma saja pekerjaan orang yang beramal antara kamu, baik lelaki atau perempuan, satu dengan yang lain adalah sama. Oleh itu, orang yang berpindah negeri, diusir daripada rumahnya, diseksa kerana mengikut jalan-Ku dan berperang atau terbunuh, sesungguhnya akan Kututup kesalahan mereka dan akan Aku masukkan ke dalam syurga yang mengalir sungai-sungai di dalamnya. Itulah pahala daripada Allah dan di sisi Allah pahala yang sebaik-baiknya.”

No comments:

Post a Comment