Jemaah

Sunday, 14 October 2012

Baikilah Hati

Bentuklah hati..kembali kepada Allah


Tidak ada sesiapa yang boleh menjanjikan kita bahawa kehidupan di dunia akan penuh dengan kebahagiaan, perfect, senang-lenang...nescaya tidak ada melainkan Allah. Mungkin akan ada yang berkata bahawa mereka telah mengabdikan diri akan Allah namun masih tidak mendapat kebahagian yang diharapkan...sekiranya pendapat itu wujud dalam kamus hidup kita maka perlulah kita beristirgfar....kerana dugaan Allah itu datang dalam pelbagai bentuk dan yakinlah akan kekuasaan Allah. 

Bukalah mata hati kita dan lihat keadaan sekeliling kita...kalau kita andaikan bahawa kita masih tidak meraih apa yang kita hajati...bagaimana pula dengan mereka yang lebih susah dan dhaif dari kita. Sesungguhnya atas apa yang Allah jadikan itu ada asbabnya. Sucikanlah hati kita, kembalilah ke jalan yang benar dan baikilah hati kita...InsyaAllah, Allah tidak pernah mengabaikan makhlukNya melainkan sebaliknya.

No comments:

Post a Comment