Perangkap tu gu... |
Apa jua yang ingin kita lakukan, ianya memerlukan seni atau art dalam Bahasa Inggeris. Seni yang ingin saya ketengahkan ialah seni menipu. Menipu sudah tentunya mempunyai sifat yang berlawanan dgn kebenaran dan bagi yang pakar ianya akan kelihatan seperti benar. Walau bagaimanapun bagi pakar menipu, idea yang dihasilkan bukannya datang dengan spontan, malah mereka memerlukan perancangan yang lama serta teliti sebelum sesebuah penipuan dilakukan.
Now bagaimana pula dengan yang baru di tahap amatur. Bagi Penipu amatur, mereka selalunya tidak membuat perancangan yang teliti, setiap tindak tanduk mereka pasti dapat dikesan menerusi BAHASA BADAN atau senang kata Body Language mereka. Kita bolah kesan sikap penipu ini melalui beberapa tanda,contoh yang paling mudah ialah mereka tidak memandang mata kita semasa berbual. Ini jelas membuktikan ketidak ikhlasan nya dan ketakutan nya kerana bimbang helah mereka akan terbongkar. Selain itu, mereka juga kelihatan tidak begitu selesa sewaktu berkomunikasi, tergagap-gagap, sentiasa menundukkan kepala, menggaru hidung, mata sering meleret ke arah kanan kerana tercari-cari idea yg paling bernas untuk menipu.
Mr Bean pon kena... |
No comments:
Post a Comment