Jemaah

Monday, 1 October 2012

Artikel Blogger Pemuda Cheh Menyesatkan Aqidah Islam

Saya tertarik dengan artikel yang ditulis oleh blogger Pemuda Cheh berjudul Kehidupan Sebelum Nabi Adam Diturunkan. Maybe saya buta ilmu atau alpa dalam aspek pengkajian sejarah Islam, namun sebagai pembaca saya rasa tidak salah kalau saya lontarkan pandangan serta pendapat saya terutama apabila ianya menyentuh aspek Islam.
Jangan kelirukan pembaca kelak aqidah rosak

Izinkan saya memetik salah satu perenggan di dalam artikel tersebut yang berbunyi:

"Berkenaan dengan penciptaan Adam, majoriti ulama Islam percaya bahawa Adam dan Hawa telah dicipta dengan lengkap di Syurga. Mereka kemudiannya dihantar ke bumi selepas memakan buah yang terlarang. Keturunan mereka mengisi populasi bumi dan memulakan sejarah manusia.

Akan tetapi Allah SWT tidak menjelaskan di dalam al-Quran bagaimanakah Adam itu dicipta. Adakah dia dicipta secara berperingkat atau dengan satu proses sahaja? Sebahagian ahli Tafsir mendatangkan pandangan bahawa ketika Allah SWT mencipta Adam, tubuh Adam itu dibiarkan selama 40 tahun sebelum ditiupkan ke dalamnya roh. Di sini kita boleh melihat dengan jelas pengaruh tradisi Ancient Persian terhadap tafsiran berkenaan.

Terdapat juga sebahagian daripada ulama Islam yang menjelaskan bahawa Adam bukanlah manusia pertama yang dicipta di muka bumi. Mereka berpandangan bahawa ratusan ribu ‘Adam’ telah wujud sebelum Adam bapa kita. Setiap satu ‘Adam’ itu telah mempunyai keturunan dan kehidupannya, mereka telah musnah sepenuhnya dan digantikan dengan ‘Adam’ yang berikutnya sehinggalah tiba kepada Adam, bapa kita. Adam bapa kita, dianggap sebagai pusingan terakhir siri ‘Adam’ di muka bumi."

 Terdapat sesuatu yang tidak kena pada kenyataan tersebut. Turut mengelirukan saya ialah apabila terdapat juga ungkapan berikut di dalam penulisan beliau:

Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada Malaikat; “Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi”. mereka bertanya (tentang hikmat ketetapan Tuhan itu dengan berkata): “Adakah Engkau (Ya Tuhan kami) hendak menjadikan di bumi itu orang yang akan membuat bencana dan menumpahkan darah (berbunuh-bunuhan), padahal Kami sentiasa bertasbih dengan memujiMu dan mensucikanMu?”. Tuhan berfirman: “Sesungguhnya Aku mengetahui akan apa yang kamu tidak mengetahuinya” 
(Al-Baqarah 2: 30)

Baris ayat “orang yang akan membuat kerosakan padanya dan menumpahkan darah”daripada hujah para Malaikat telah menimbulkan seribu satu persoalan. Bagaimana Malaikat boleh mengetahui tentang rahsia masa depan manusia sedangkan hanya Allah swt sahaja yang Maha Mengetahui?.

Sebagaimana yang saya nyatakan sebelumnya, mungkin saya kurang pengetahuan dalam aspek pengkajian, namun saya berpandangan tulisan Pemuda Ceh memerlukan penelitian yang baik agar tidak terkeluar daripada landasan aqidah Islam. Saya tidak pasti samada Pemuda Ceh adalah seorang yang beragama Islam atau pun tidak, namun seandainya beliau seorang Islam jelas membuktikan bahawa terdapat keraguan di dalam dirinya berhubung Al Quran dan kajian yang dibuat adalah secara tidak menyeluruh.
Kena buat homework lebih ni gu..

Seandainya beliau adalah bukan dari kalangan orang Islam, maka saya menyeru agar Pemuda Ceh memikirkan sensitiviti umat Islam terutama apabila mempertikaikan aspek kitab suci Al Quran. Wallahuaklam.

No comments:

Post a Comment