Jemaah

Friday, 12 October 2012

Insiden Mistik

Apabila membincangkan isu-isu yang melibatkan MISTIK, seringkali akan sampai ke cuping telinga kita perkataan TAHYUL dan tak kurang pula ada yang akan berkata "jangan dok percaya sangat dengan benda-benda tahyul-mahyul ni...rosak akidah nanti".
mudah untuk diungkapkan tapi sukar untuk dimengertikan....

OK saya tak berani nak sanggah pendapat tersebut, namun apa yang saya boleh katakan ialah perkara ini baru saja menimpa ahli keluarga saya beberapa hari yang lalu sehingga membuatkan mereka terdampar di hospital selama hampir 5 hari...Mereka ialah dua orang anak-anak saya yang masih kecil berumur 2 tahun dan 4 tahun...Mereka berdua sehari sebelum kejaidan pelik berlaku telah pergi ke sekolah XXX bersama ibu mereka atas urusan rasmi. Sekem bali dari sekolah pada petang tersebut, kelihatan sedikit kelainan pada diri mereka berdua, letih dan tidak bermaya. Untuk makluman pembaca, sekolah tersebut telah hampir seminggu diganggu dengan insiden histeria. Pada keesokan harinya, mereka secara tiba-tiba diserang demam panas. Setelah dirujuk kepada hospital dengan bekalan ubat yang diberi hanmpir serengah kati, kami balik semula ke rumah.

Mereka cuma tidak bermaya dan hilang selera makan. Selepas solat maghrib tetiba anak perempuan saya meracau dan selepas dibacakan Ayatul Qursi dia kembali pulih...belum sampai 5 minit anak lelaki saya pula meracau dan caranya adalah sama...sekali lagi kami bacakan Ayatul Qursi dan alhamdulillah mereka kembali pulih. Apa yang peliknya, anak lelaki saya menuding jari pada dinding rumah dan dia selepas itu tutup muka kerana ketakutan.

Tanpa berlengah saya bawa mereka berdua untuk berjumpa Ustaz Bokhari di Dato' Keramat dan masalahnya semasa dalam masjid mereka berlawan dengan ustaz..tapi alhamdulillah diringkaskan cerita, dengan izin Allah semuanya selesai setelah cecah pukul 4 pagi. Ustaz turut dibawa kerumah untuk pulihkan keadaan rumah. Sebaik sahaja selesai azan seluruh rumah, suhu badan mereka turun...alhamdulillah..

Walau bagaimanapun sebaik sahaja selepas azan subuh mereka dua beradik secara serentak jadi histeria dan sekali saya sabagaimana dianjurkan azan dikedua-dua belah telinga mereka sebanyak 21 kali dan alhamdulillah mereka pulih untuk seketika. Selepas itu terus mereka dibawa ke hospital GHKL untuk tindakan selanjutnya.

Persoalannya ialah adakah insiden ini berlaku disebabkan ketaksuban saya terhadap perkara mistik????atau sebaliknya??? Wallahuaklam.

No comments:

Post a Comment