Anak umpama permata yang perlu digarap sinarnya… Seumpama kain putih yang terserah pada kita dalam mencorakkannya… Umpama air jernih yang perlu dipelihara dari keruhnya… Logiknya kitalah selaku ibu dan bapa yang merupakan insan pertama mereka kenali selepas lahirnya mereka ke dunia… Akan tetapi, kadang-kadang kita merasakan mahukan yang terbaik buat anak-anak tidak kena pada caranya sehingga merosakkan anak itu sendiri. Kita seringkali melepaskan tanggungjawab kita kepada orang lain seperti Guru, Penjaga, Pembantu Rumah, Atuk Nenek, Abang, Kakakdan lain-lain disebabkan alasan yang tersendiri...
Biarlah begini...setidaknya mereka mendekatkan diri |
Samada kita sedar mahupun tidak, di saat kita mengimpikan anak-anak yang hafiz Qur'an, lengkap ilmu agama, berfikiran kreatif dan kritis, tidak dapat dinafikan, banyak dugaan yang perlu dihadapi. Di zaman serba canggih ini, anak-anak sering dilalaikan dengan model kartun seperti Doremon, Ben 10, Wonderpets, Ultraman, Upin-Ipin, BoboBoy dan pelbagai lagi...cuba kita renungkan...apa yang pasti ianya disajikan menerusi media pada waktu-waktu dimana masuknya sembahyang fardhu ASAR dan MAGHRIB...
Inilah hakikat yang berlaku dan menjadi kebanggaan ibu-bapa... |
Akurkah kita bahawa kita banyak bertanyakan anak-anak kita perihal ABC dan One Two Three terlebih dahulu sebelum Alif Ba Ta????
No comments:
Post a Comment