Jemaah

Wednesday 7 November 2012

HIDAYAH...SUATU HADIAH YANG AMAT BERGUNA


Hidayah merupakan satu perkataan yang senang untuk dilafazkan namun belum tentu senang untuk diperolehi. ALLAH s.w.t berfirman menerusi Surah Al An'am ayat 125 sebagai bermaksud: 

“Sesiapa yang Allah kehendaki mendapat hidayah nescaya dilapangkan dadanya untuk menerima Islam dan sesiapa yang dikehendaki sesat nescaya dijadikan dadanya sempit dan sesak seolah-seolah naik ke langit. Demikianlah Allah menimpakan kehinaan kepada orang yang tidak beriman.” 

Allah Maha Berkuasa untuk mengurniakan petunjuk dan hidayah-Nya kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya. Hanya dengan petunjuk dan hidayah Allah saja dapat mengubah manusia dan kehidupannya dari kekufuran kepada keimanan, kemaksiatan kepada ketakwaan, kezaliman kepada keadilan, kegelapan kepada cahaya kebenaran dan kegelisahan kepada ketenangan jiwa.
Amin Ya Rabbal Alamin...

Hidayah itu ialah petunjuk yang dikurniakan Allah kepada manusia untuk mencapai kesejahteraan serta kebahagiaan hidup di dunia dan akhirat. Islam menganjurkan umatnya supaya sentiasa memohon hidayah petunjuk daripada Allah ke arah jalan yang benar. Justeru carilah ia menerusi peningkatan iman.

No comments:

Post a Comment