Jemaah

Tuesday 6 November 2012

Apa Nak Jadi??????

Fahamilah Islam secara mendalam..dan bukan mengikut akal
Petikan berikut bukanlah satu rekaan yang saya sengaja ada-adakan namun saya petik dari sebuah laman web milik sebuah Parti (tak perlu saya nyatakan demi menjaga aib mereka).
Tidak berniat memalukan sesiapa...
"SETUJU, sekali lagi itulah perkataan pertama yang terpacul dari mulut penulis bila membaca kenyataan Nurul Izzah bahawa kebebasan beragama tidak sepatutnya terhad kepada orang bukan Islam sahaja, seperti yang diamalkan di negara ini sekarang.
Kenyataan ini dibuat beliau ketika menjawab pertanyaan salah seorang peserta dalam forum ‘Islamic State: Which version; Who’s responsibility?’, yang dianjurkan secara bersama oleh   bersama NGO Kristian dan Islam iaitu OHMSI  (Oriental Hearts and Mind Study  Institute) dan IRF (Islamic Renaissance  Front) bertempat di Gereja Full Gospel Subang  Jaya.
Walaupun penulis mengakui tidak begitu faham dengan ayat “tiada paksaan dalam beragama” yang disebutkannya itu, tapi yang penulis tahu, kenyataan Nurul Izzah itu cuba menjawab persoalan yang bermain di minda majoriti rakyat Malaysia, terutama yang bukan Islam – kenapa orang Islam tidak bebas beragama?"

Agak terkedu apabila saya membacanya dan tak tahu apa nak kata. Amnya, dapat saya rumuskan bahawa tidak hairanlah sekarang kenapa sudah banyak pihak yang menyelar dan dasar parti berkenaan yang menyokong penghapusan Artikel 11 Perlembagaan Malaysia dalam soal menyekat pengembangan iktikad atau apa-apa kepercayaan di kalangan orang Islam, jika berjaya memperolehi majoriti 2/3 dalam parlimen semasa pilihanraya kelak. Kenapa saya berpendapat sedemikian, kerana fakta yang wujud ialah pada Artikel 4 dalam aspek kebebasan beragama bagi Rakyat Malaysia yang tertakluk kepada Artikel 11.
Pada asalnya saya menganggap bahan ini sebagai satu propaganda pihak tertentu, namun apabila diselidik menerusi artikel-artikel yang menyokong pendapat tersebut serta rakaman menerusi YouTube, maka dapat saya putuskan bahawa ianya bukanlah lagi sebuah propaganda. Mungkin Nurul Izzah tidak bermaksud sama sekali untuk menggalakkan orang Islam supaya murtad, tapi dalam masa yang sama beliau melihat kerajaan atau undang-undang, tidak sepatutnya menyekat kebebasan beragama terutama di kalangan orang Islam. Ini mungkin berdasarkan ideologi yang diterapkan kepada beliau sewaktu beliau belajar di sekolah (Assunta) yang mempunyai lambang salib besar di bangunannya.

Dalam aspek ini ahli-ahli bijak pandai agama perlu memberi pandangan mereka dan tidak berselindung disebalik mana-mana fahaman politik.

No comments:

Post a Comment