Allah Subhanahuwataala banyak menceritakan perihal kehidupan manusia di dalam Al Quran...itupun kalau kita memahami isi kandungannya. Apa-apa pun jom kita kupas pengertian Surah Al Asr sebagaimana di dalam firman Allah S.W.T:
"Demi Masa. Sesungguhnya manusia
itu dalam kerugian. Melainkan, orang yang beriman, dan beramal soleh.
Dan (mereka yang) mengajak ke arah kebenaran dan mengajak dengan sabar."
Dalam surah ini, Allah menekankan betapa pentingnya masa.
Masa yang dimaksudkan ialah, kehidupan kita. Iaitu masa yang diberikan
oleh Allah di sepanjang perjalanan hidup kita di dunia.
Peringatan ini jarang kita ingat...berpesan-pesanlah |
Pada awal surah ini lagi Allah Subhanahuwataala menekankan bahawa manusia itu (semuanya) dalam keadaan kerugian.
Tidak kira siapapun, selagi dia bergelar manusia, dia berada dalam
kerugian. Namun, Allah tidak berhenti setakat itu. Allah menjelaskan
lagi, apakah ciri-ciri yang boleh mengelakkan diri daripada tergolong
dalam golongan yang rugi.
Sebelum itu, golongan yang rugi ini adalah
golongan yang di dunia merana, di akhirat sengsara.
Inilah yang dikatakan rugi. Walaupun di dunia, dia merasa bahagia,
walhal dalam keadaan tidak sedar (tanpa mencari kebenaran) dia
sebenarnya dalam kerugian. Semoga Allah Taala memelihara kita dari tergolong dalam golongan tersebut, InsyaAllah....
No comments:
Post a Comment