Jemaah

Saturday, 3 November 2012

Kehidupan Kita Satu Fitrah

Peta kehidupan sebenar kita..
Apabila kita membincangkan aspek FITRAH HIDUP, pasti ramai yang akan mengaitkannya dengan nasib yang sudah tertulis pada diri mereka sejak awal lagi....Namun jika kita lihat dari sudut yang berbeza, nescaya kita akan lihat jawapan yang terhasil jauh lebih baik dari jawapan sebelumnya. Allah SWT menciptakan kita dari tiada kepada ada dan kita bukanlah hardir ke dunia ini secara tiba-tiba. Kewujudan kita adalah bersebab dan setiap yang tertulis di Luh Mahfuz mempunyai hikmah yang berbeza disebaliknya.

Apakah fungsi utama kewujudan kita...tidak lain tidak bukan hanya hanya untuk beribadah kepada-NYA dan ianya jelas difirmankan menerusi Surah Ad Dzariyat ayat 56 yang berbunyi:

“Tidaklah Aku menciptakanan jin dan manusia kecuali untuk beribadah kepada-Ku"

Inilah fitrah hidup kita. Dengan erti kata lain, kita bukanlah pemilik mutlak akan apa yang kita miliki sekarang..esok ataupun lusa....Segala yang diberikan oleh Allah S.W.T kepada kita baik berbentuk harta mahupun nyawa, tidak lain hanyalah sebagai sebuah pinjaman serta amanah untuk kita jaga dengan sebaik mungkin.

No comments:

Post a Comment