Jemaah

Thursday 1 November 2012

Daging Qurban Punya Hal

Hati-hati..fresh tapi kena kawal


Dah beberapa hari tak jengok blog disebabkan daging qorban punya hal...Apa tidaknya nak makan daging fresh bukannya senang..memang di pasar ada jual tapi dalam aspek harganya kita tak mampu, so bila diberi rezeki dapat yang fresh maka berbagai ilhamlah yang datang. Nak buat daging bakar cicah air asam lah, nak buat rendang tok lah, masak senggang lah...berbagailah resepi yang keluar...wife dah pesan awal lagi katanya "awak tu selera kena kontrol...badan dahlah berisi, jogging entah kemana selepas kahwin..darah tinggi nanti".
Daging masak senggang...masalah..memang masalah untuk perut yang lapar...

Hero Malaya katakan, mana nak dengar nasihat orang..rupanya betol....lepas dua tiga hari kepala rasa berat sangat, asyik pening saja....risau..memang risau. Mulalah peluh jantan keluar...
Sesal dahulu pendapatan....

Tapi saya tetap bersyukur kehadrat Allah Subhanahuwataala kerana memberi petanda awal kepada saya...kepada sahabat yang seangkatan..janganlah dok nak jadi HERO lagi...kita kena akur bahawa injin kita dah patut kena overhaul...he..he..he

No comments:

Post a Comment