Jemaah

Friday 2 November 2012

Gaya Hidup Kena Ubah

Kereta lama..bukan tua

Gaya hidup seharian kita tanpa disedari menjadi penyumbang kepada risiko penyakit kardiovaskular iaitu darah tinggi. Melalui pembacaan, penyakit darah tinggi terjadi apabila darah dalam arterial dan venous circuit sistem kardiovaskular mengalir dengan tekanan yang lebih tinggi daripada biasa. Apabila keadaan ini berlaku, ia akan menyebabkan jantung terpaksa bekerja lebih keras untuk menentukan pengaliran darah ke seluruh tubuh sekali gus menyebabkan masalah kesihatan yang serius.

Berdasarkan kajian Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan (NHMS) 2006, dianggarkan sekurang-kurangnya 63 peratus pesakit mengalami sama ada satu punca penyakit kardiovaskular manakala 33 peratus menghidapi dua punca utama pembunuh senyap tersebut. Persoalan sekarang dalam kategori mana kita sekarang????

Presiden Persatuan Hipertensi Malaysia, Dr Azani Mohamad Daud berkata, berdasarkan maklumat dalam kajian NHMS, daripada sejumlah 5.8 juta orang di Malaysia, hanya 2.2 juta pesakit saja mengambil inisiatif mendapatkan rawatan dan ubat mengawalnya. Menurut beliau lagi, laporan menunjukkan kebanyakan pesakit lebih gemar bersikap tidak endah dengan pecahan 41 peratus, diikuti mempunyai kesedaran (35 peratus), diagnosa dan mendapatkan rawatan (32 peratus) dan stabil atau terkawal (sembilan peratus). Malah, hanya segelintir mempunyai kesedaran mendapatkan rawatan. Sasaran tekanan darah ideal adalah di bawah 140/90 mmHg bagi individu yang tidak mengalami sebarang penyakit sampingan. Manakala di bawah 130/80mmHg sekiranya mengalami diabetes, angin ahmar dan penyakit kronik.
Terkezut.....
Penyakit darah tinggi boleh dielak. Namun, bakal berlaku pada sesiapa saja dengan potensi tinggi dalam kalangan perokok, individu kurang bersenam, pemakanan tidak seimbang, obesiti dan hiperkolesterol. Jika tidak dikawal, penyakit kategori pembunuh senyap ini mampu mencetuskan antara punca Non Communicable Disease (NCD) atau penyakit tidak berjangkit seperti sakit jantung, angin ahmar dan kerosakan buah pinggang dalam masa panjang.

No comments:

Post a Comment