Sampai Bila???? |
Kalau kita renung dengan hati yang tenang, pasti kita akan setuju bahawa semakin kita dewasa, semakin kita berkuasa, sebenarnya semakin banyak kita berbohong..samada kepada diri sendiri, ahli keluarga dan orang-orang dibawah pentadbiran kita. Kenapa jadi begini? Ada yang berpendapat bohong tersebut adalah bohong sunat demi menjaga kepentingan sesetengah pihak dan ada pula berpendapat ianya adalah untuk menenangkan hati sesetengah pihak. Adakah ianya benar? Selama manakah kita harus bersikap sedemikian, sukar untuk menerima kebenaran? Can't we speak the truth????
Pada pandangan saya, kalau sesuatu benda tu salah, ianya tetap salah. Kenapa kita harus tegakkan benang yang basah walhal perkara tersebut ternyata salah? Sebagai contoh, kalau tindakan yang diambil itu salah, kenapa kita katakan sebagai benar? Kalau seseorang itu tidak berbakat, kenapa kita takut untuk mengatakan sebaliknya? Kalau kita tak pandai bersukan kenapa harus kita berselindung dengan alasan lain? Kalau dah kita tidak ada rezeki untuk naik pangkat, pegang jawatan tinggi kenapa kita harus salahkan pentadbiran dan orang lain?
Sampai bila kita hendak bersikap sedemikian? Bilakah masanya kita akan terima hakikat bahawa kita sebenarnya tidak layak. Kita sebenarnya tak pandai. Kita sebenarnya malas. Kita sebenarnya salah mentadbir. Kita sebenarnya.....
No comments:
Post a Comment