Jemaah

Friday 17 January 2014

KEKUATAN UKHWAH

Serata umat Islam di Malaysia akan naik berang bila diperkatakan berkenaan Masjid Al Aqsa, penderitaan Rakyat Palestine, Mangsa Rohingya…sehinggakan ada yang berkobar-kobar semangat mereka dan tidak kurang pula yang mengambil tindakan untuk melaksanakan Jihad.

Walau bagaimanapun apa yang ingin saya ketengahkan ialah, adakah ianya relevan untuk bertindak sedemikian? Pada hemat saya ianya wajar seandainya neraga yang kita diami berada dalam keadaan aman dan damai dan mereka benar-benar memerlukan pertolongan. Namun dalam aspek Malaysia, saya melihat umat Islam yang wujud perlu lebih Jihad dalam Negara. Ini kerana tanpa kita sedari ataupun mungkin kita buat-buat lupa ialah isu-isu ketegangan agama yang lama wujud. Antaranya seperti ajaran sesat, amalan Syiah, usaha memurtadkan umat Islam dan usaha pihak-pihak tertentu untuk memecahkan ummah dan ukhwah Islamiah.

          Lihat saja dewasa ini bagaimana dakyah-dakyah disebarkan untuk memporak perandakan ukhwah kita. Lihat bagaimana Kalimah Agung Ummat Islam yakni KALIMAH ALLAH telah dimanipulasikan dan dipergiatkan oleh gerombolan kafir laknatullah untuk menyesatkan warga Islam di Malaysia.


Dalam aspek ini, perjuangan diperlukan oleh segenap lapisan ummat Islam di Malaysia untuk sama-sama kita bangkit dan mempertahankannya, menyekat dakyah songsang pihak-pihak berkepentingan daripada terus tersebar, berusaha dalam dakwah agar ukhwah ummah kembali kukuh. Percayalah kekuatan ummah boleh menumpaskan segala macam kejahatan dan musuh-musuh Islam.

No comments:

Post a Comment