Jemaah

Wednesday, 1 January 2014

AZAM BARU...BARUKAH IA????

Tahun tetap berubah..tapi iman???
Bila bercerita pasal tahun baru, semestinya ramai dikalangan kita akan merancang untuk memulakan tahun baru dengan azam baru walhal azam lama tak pernah kesampaian. Namun itu adalah lumraha dan yang penting kita masih mempunya semangat untuk meneruskan kesinambungan hidup kita. Walau bagaimanapun azam yang sering kita dengar ialah untuk menguruskan badan, berhenti merokok, berusaha dengan lebih gigih agar pendaatan bertambah dan berbagai lagi…apa yang ingin saya perkatakan ialah jarang kita dengar manusia yang berazam untuk memperkukuhkan ibadah mereka sebagai contoh:

1.       Menentukan Solat Dhuha setiap pagi tanpa gagal.
2.       Solat Witir sebelum tidur tanpa gagal.
3.       Selawat 100 kali sehari tanpa gagal.
4.       Istirghfar 100 kali pagi dan petang tanpa gagal.
5.       Puasa sunat Isnin dan Khamis tanpa gagal.
6.       Membaca Al Quran satu helai setiap hari tanpa gagal.


Kesimpulannya..tepuk dada tanya iman

No comments:

Post a Comment