Kaf fa ra..hanya 3 huruf tapi kejahatannya???? |
Suatu ketika dahulu, bila kita bercerita perihal orang-orang
kafir, maka secara automatis akan terjawab dibenak fikir kita bahawa mereka
adalah golongan yang menentang Islam sekaligus menafikan kandungan Al Quran,
Hadith Rasullullah S.A.W serta ajaran baginda. Walau bagaimanapun pada zaman
ini perkataan “kafir” itu sudah dikelirukan oleh orang kafir supaya kefahaman
“kafir” yang sebenar itu menjadi kabur maknanya. Siapakah sebenarnya orang-orang
kafir yang disebut di dalam Al-Quran dan Hadis?
Bagi sesetengah orang yang dilahirkan Islam tidak merasa
bersalah dan marah jika seseorang itu dikatakan “kufur” tetapi jika orang itu
disebut “kafir” maka menyeringailah mereka. Sedangkan perkataan “kufur” itu
menunjukkan kepada perbuatan dan “kafir” itu pelaku.
Orang-orang Yahudi dan Nasrani (kristian) pula mangaku dan
memberitahu melalui dakyah mereka bahawa mereka bukan orang-orang kafir kerana
mereka tidak kufur. Mereka adalah ahli kitab agama samawi (langit) mempercayakan
Nabi Musa ‘Alaihissalam dan Nabi ‘Isa ‘Alaihissalam serta mempercayakan adanya
tuhan. Dalam konteks ini secara tidak langsung, kenyataan tersebut mampu
mempengaruhi umat yang kurang pegangan aqidahnya. Ada pun dijelaskan bahawa
wujud tiga jenis kafir atau puak yang perlu kita fahami iaitu:
1. Puak yang
pertama tidak beriman kepada Allah Subhanahu Wata’alaa dan Rasul-Rasul
seluruhnya.
2. Puak yang
kedua beriman kepada Allah Subhanahu Wata’alaa sahaja dan tidak beriman kepada
Rasul-RasulNYA.
3. Puak yang
ketiga pula beriman kepada setengah Rasul-rasul dan kufur (ingkar) kepada
setengahnya yang lain, seperti Yahudi yang beriman kepada Nabi Musa
‘Alaihissalam dan kufur (ingkar) kepada Nabi ‘Isa ‘Alaihissalam dan Nabi
Muhammad Sallallahu ‘Alaihi Wasallam.
Bagaimana dengan dia??? |
Kaum Nasrani (kristian) beriman kepada Nabi ‘Isa
‘Alaihissalam dan Nabi Musa ‘Alaihissalam, tetapi tidak beriman kepada Nabi
Muhammad Sallallahu ‘Alaihi Wasallam.
Puak yang ketiga itulah yang banyak membuat angkara jahat
dan mengadakan peperangan demi peperangan sama ada dalam bentuk peperangan ketenteraan
dan persenjataan atau peperangan saraf (psychological warfare) atau peperangan
ideologi mereka terhadap Islam dari zaman berzaman hingga ke hari ini. Yahudi
dan Nasrani juga menggunakan dakyah-dakyah mereka melalui pendidikkan, gaya
hidup, ekonomi, hiburan dan berbagai-bagai lagi.
Oleh itu amat perlu dan menjadi tanggungjawab setiap umat
Islam membaca dan mengambil i’tibar daripada kisah-kisah kafir puak yang ketiga
itu yang dikisahkan oleh Allah Subhanahu Wata’alaa dalam Al-Quran Al-Karim dan
Hadis-hadis Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam supaya dapat mengekang
sebaran-sebaran dakyah mereka yang salah dan bertujuan jahat itu.
Allah Subhanahu Wata’alaa berfirman dalam Surah
An-Nisaa’, Ayat 150, dan Ayat 151 (maksudnya):
“Sesungguhnya orang-orang yang kufur ingkar kepada Allah dan
Rasul-rasulNYA, dan (orang-orang yang) hendak membeza-bezakan iman mereka di
antara Allah dan Rasul-rasulNYA, dan (orang-orang yang) berkata: “Kami beriman
kepada setengah Rasul-rasul itu dan kufur ingkar kepada setengahnya yang lain”,
serta bertujuan hendak mengambil jalan lain antara iman dan kufur itu:” Ayat
150.
“Mereka itulah orang-orang yang kafir dengan
sebenar-benarnya. Dan KAMI telah menyediakan bagi orang-orang kafir itu ‘azab
siksa yang menghina.” Ayat 151.
KISAH NABI ALLAH ‘UZAIR “EZRA” ‘ALAIHISSALAM
Nabi Allah ‘Uzair “Ezra” ‘Alaihissalam adalah seorang Nabi
bani Israel. Nabi Allah ‘Uzair ‘Alaihissalam seorang hafiz kitab Taurat dan
tidak terkenal dalam kaum bani Israel, tinggal di sebuah dusun yang berjauhan
daripada Baitul Maqdis.
Pada suatu hari Jibril ‘Alaihissalam datang seraya meminta
Nabi Allah ‘Uzair ‘Alaihissalam pergi ke Baitul Maqdis untuk menghimpunkan bani
Israel dan mengajar kitab Taurat kepada mereka. Nabi Allah ‘Uzair ‘Alaihissalam
pun keluar dengan menaiki keldai. Dalam perjalanannya, Nabi Allah ‘Uzair
‘Alaihissalam melalui negeri Baitul Maqdis yang telah ranap hancur lebur dan
penduduk-penduduknya bertempiaran lari ke sana sini. Ramai pula yang mati
dibunuh bergelimpangan merata-rata tempat.
Sebelum tibanya Nabi Allah ‘Uzair ‘Alaihissalam di Baitul
Maqdis, seorang raja yang kuat dan zalim bernama Bakhtun-Nasr dengan bala
tenteranya telah menyerang dan membunuh penduduk-penduduk di situ, orang-orang
alim dan semua hafiz-hafiz kitab Taurat. Bukan itu sahaja yang dilakukannya,
Bakhtun-Nasr juga mengarahkan askar-askarnya supaya meruntuh rumah-rumah tempat
ibadat dan mengoyak serta membakar habis-habisan segala kitab-kitab Taurat
sehingga tiada lagi tertinggal.
Tatkala Nabi Allah ‘Uzair ‘Alaihissalam melihat keadaan yang
menyayatkan hati itu dan melihat ramai orang-orang yang mati, maka tergerak
lintasan pertanyaan dalam hati kecil Nabi Allah ‘Uzair ‘Alaihissalam bahawa
bagaimana Allah Subhanahu Wata’alaa akan menghidupkan negeri ini setelah
matinya.
Dalam sepintas kilat laluan ingatan Nabi Allah ‘Uzair
‘Alaihissalam itu, Allah Subhanahu Wata’alaa mematikan Nabi Allah ‘Uzair
‘Alaihissalam dan keldainya di situ selama seratus tahun.
Allah Subhanahu Wata’alaa berfirman dalam Surah
Al-Baqarah, Ayat 259 (maksudnya):
“Atau (tidakkah engkau pelik memikirkan wahai Muhammad)
tentang orang yang melalui sebuah negeri yang telah runtuh segala bangunannya,
orang itu berkata: “Bagaimana Allah akan menghidupkan negeri ini sesudah
matinya?”. Lalu ia dimatikan oleh Allah (dan dibiarkan tidak berubah) selama
seratus tahun, kemudian Allah hidupkan dia semula lalu bertanya kepadanya:
“Berapa lama engkau tinggal (di sini)?” Ia menjawab: “Aku telah tinggal (di
sini) sehari atau setengah hari”. Allah berfirman: “(Tidak benar), bahkan engkau
telah tinggal (berkeadaan demikian) selama seratus tahun. Oleh itu,
perhatikanlah kepada makanan dan minumanmu, masih tidak berubah keadaannya, dan
perhatikan pula kepada keldaimu (hanya tinggal tulang-tulangnya bersepah), dan
KAMI (lakukan ini ialah untuk) menjadikan engkau sebagai tanda (kekuasaan KAMI)
bagi umat manusia; dan lihatlah kepada tulang-tulang (keldai) itu, bagaimana
KAMi menyusunnya kembali kemudian KAMi menyalutnya dengan daging. Maka apabila
telah jelas kepadanya (apa yang berlaku itu), berkatalah ia : “Mengetahuilah
aku sekarang (dengan yakin), sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap
sesuatu”. Ayat 259.
YAHUDI MENGAKU NABI ALLAH ‘UZAIR “EZRA” ‘ALAIHISSALAM ANAK
ALLAH
Setelah Allah Subhanahu Wata’alaa menghidupkan semula Nabi
Allah ‘Uzair ‘Alaihissalam beserta dengan keldainya, Allah Subhanahu Wata’alaa
memerintahkan supaya ia memasuki Baitul Maqdis dan menghimpunkan bani Israel
serta mengajar mereka itu kitab Taurat. Ketika itu tiada seorang pun yang tahu
membaca kitab Taurat.
Nabi Allah ‘Uzair ‘Alaihissalam menyeru orang ramai serta
memperkenalkan dirinya ialah Nabi ‘Uzair ‘Alaihissalam. Orang ramai dari bani
Israel itu meminta Nabi Allah ‘Uzair ‘Alaihissalam membaca kitab Taurat bagi
meyakinkan mereka kerana setahu mereka bahawa Nabi Allah ‘Uzair ‘Alaihissalam
fasih dan hafiz kitab Taurat. Nabi Allah ‘Uzair ‘Alaihissalam meminta orang
ramai pergi ke kaki tiang sebuah bangunan dan mengambil sebuah kitab Taurat
yang tertulis dengan dakwat emas yang ditanam oleh seorang wali Allah supaya
mereka menyemak bacaannya.
Bacaan hafazan kitab Taurat oleh Nabi Allah ‘Uzair
“Alahissalam tiada salah silap walau satu huruf pun. Bacaannya itu nyaring dan
merdu sehingga orang ramai tiada tertahan mencintainya dan menyerbu datang
dengan tangisan dan hendak menyembah Nabi Allah ‘Uzair ‘Alaihissalam. Mereka
mengaku bahawa Nabi Allah ‘Uzair ‘Alaihissalam itu adalah anak Allah.
NASRANI (CHRISTIAN) MENGAKU NABI ‘ISA ‘ALAIHISSALAM ANAK
ALLAH
Allah Subhanahu Wata’alaa berfirman dalam Surah At-Taubah,
Ayat-Ayat 30, 31, dan 32 (maksudnya):
“Dan orang-orang Yahudi berkata: “’Uzair ialah anak Allah”,
dan orang-orang Nasrani (kristian) berkata: “Al-Masih ialah anak Allah”.
Demikianlah perkataan mereka dengan mulut mereka sendiri, (iaitu) menyamai
perkataan orang-orang kafir dahulu ; semoga Allah binasakan mereka.
Bagaimanakah mereka boleh perpaling dari kebenaran?” Ayat 30.
CAHAYA ALLAH (AGAMA ISLAM)
“Mereka menjadikan pendita-pendita dan ahli-ahli agama
mereka sebagai pendidik-pendidik selain dari Allah, dan juga (mereka
mempertuhankan) Al-Masih Ibni Maryam, padahal mereka tidak diperintahkan
melainkan untuk menyembah Tuhan Yang Maha Esa; tiada Tuhan (yang berhak
disembah) melainkan DIA. Maha Suci Allah dari apa yang mereka sekutukan.” Ayat 31.
“Mereka hendak memadamkan cahaya Allah (Agama Islam) dengan
mulut mereka, sedang Allah tidak menghendaki melainkan menyempurnakan
cahayaNYA, sekalipun orang-orang kafir tidak suka (akan yang demikian).” Ayat 32.
Justeru, persoalan yang ingin saya kemukakan ialah bagaimana
di Malaysia. Wallahuaklam.