Jemaah

Sunday, 14 April 2013

SAAT IZRAIL DATANG MEMANGGIL


Setiap insan yang lahir ke dunia ini adalah tidak kekal, kematian akan menggamit kita pada bila-bila masa sahaja..mungkin esok..mungkin lusa..tahukah kita di waktu ajal kita telah sampai, Malaikat Maut akan datang memberi salam..walau bagaimanapun ianya kepada mereka yang mendapat keredhaan Allah Subhanahu Wataala sahaja. Sekiranya kita bukan di kalangan makhluk yang tidak mendapat keredhaan Allah maka Malaikat akan menghampiri kita tanpa sebarang salam...itulah kelebihan salam yang merupakan doa kepada kesejahteraan.

Waktu bilamana ditarik roh kita dari jasad, ianya umpama kekabu basah yang diletakkan pada pohon berduri lalu disentap secara songsang..saya yakin kita dapat bayangkan betapa peritnya ia.. Tahukah kita di saat inilah para Iblis dan Syaitan akan datang berbondong-bondong untuk kali terakhirnya bagi menyesatkan kita agar kita terus mati dalam kekufuran? Justeru apakah penyelamat kita? Ya amalan kitalah pada waktu ini yang menjadi pendinding kepada fitnah Syaitan, In Sya Allah. Atas sebab itu jualah kita syariatkan agar sentiasa berada dalam keadaan berwudhu.

Apabila Izrail hadir, maka dengan izin Allah ditunjukkan kepada orang mukmin itu neraka..lalu berkata Izrail "lihatlah bahawa Allah Subhanahu Wataala telah selamatkan kamu dari neraka ini"..lalu ditunjukkan syurga maka berkata Izrail "inilah tempat kamu untuk selama-lamanya"... Sebaliknya Izrail akan menunjukkan kepada orang-orang kafir dan munafik serta fasiq akan Syurga seraya berkata "Celakalah kamu kerana ini bukan tempat kamu"..lalu ditunjukkan neraka lalu berkata Izrail "inilah tempat untuk kamu tinggal selama-lamanya".

Setelah roh berpisah dari jasad, maka roh orang-orang mukmin dibawa ke langit, dibuka pintu langit satu persatu..sungguh harum bau roh orang mukmin sehingga ditanya siapa gerangannya oleh para Malaikat di langit dan diletakkan di dalam syurga sehingga hari kiamat. Walau bagaimanapun bari roh golongan kafir dan mushrikin..roh mereka dihalau oleh malaikat sebelum tiba di langit pertama kerana bau yang amat busuk..lalu dihantar semula ke kuburan dan disiksa hingga ke hari kiamat.

Berdasarkan petikan tersebut, dimanakah kedudukan kita dan adakah kita telah bersedia untuk menghadapi SAKARATUL MAUT...

No comments:

Post a Comment