Jemaah

Tuesday, 25 March 2014

#MH370: PAHITNYA SEBUAH REALITI


Saya agak terkilan dengan beberapa tohmahan yang dibuat oleh segelintir pemikir media sosial apatah lagi dari kalangan bekas kaki tangan kerajaan. Pada hemat mereka apa jua yang dilakukan oleh pihak kerajaan berhubung isu Kehilangan Pesawat MH 370 adalah tidak betul, semuanya salah, unacceptable, wrong procedure dan berbagai teori yang diberikan..antara yang nyata sebagaimana ditulis dalam FreeMalaysiaToday.. Jadi apakah semua ini, saya teringat akan sebuah kata-kata "When you are pointing one finger towards another..there are three more pointing towards you"..



Saya tidak tahu bagaimana blogger NegaraPakatanRakyat menerusi artikelnya bertajuk Trajedi MH 370 Satu Konspirasi UMNO boleh mengeluarkan teori sedemikian dan adakah beliau waras pada ketika itu..Subhanallah..Dia ni dah gila agaknya, saya tahu saya hanyalah blogger picisan kalau berbanding beliau..akan tetapi saya rasa dari sudut akal..saya mungkin lebih baik berbanding beliau. Kenapa kita sering melontarkan syak wasangka yang ada kalanya menjadi satu fitnah besar kepada pihak kerajaan. Seburuk-buruk kerajaan Malaysia..setidak-tidaknya kita masih berada dalam keadaan aman, dalam kita mengharungi kesedihan dek kehilangan MH 370, lihat berapa buah negara datang menghulurkan bantuan..andaikata Malaysia dan kerajaannya bagai dikata Pakatan Pembankang..sahih tidak akan wujud negara luar yang akan membantu. 


Video di atas dikatakan rakaman oleh salah sebuah kapal yang terbabit dalam aktiviti SAR di Koridor Selatan. Mereka semua yang terbabit disahkan sedang melalui ribut taufan..persoalan saya, tidakkan kita terfikir untuk mendoakan keselamatan mereka? Tidakkah kita terfikir akan kesusahan mereka? Justeru, lihatlah dari sudut positif.

Itulah puncanya kerajaan Malaysia sering menghulurkan bantuan kepada negara-negara luar apabila mereka ditimpa musibah..itulah tanda prihatin kerajaan dan kini sebagai balasan mereka terhadap budi baik Malaysia. Tidak dinafikan memang pahit untuk kita semua menerima sebuah realiti, tapi cuba kita renung dari sudut positif..sepanjang tempoh kehilangan pesawat tersebut, pelbagai aset ketenteraan, separa ketenteraan telah dikerah oleh pihak kerajaan untuk aktiviti mencari dan menyelamat. Antara muatan yang saya perolehi ialah menerusi TV3..malah kalau kita lihat di dalam Youtube banyak lagi, begitu juga di dada-dada akhbar..Tidakkah ianya satu bukti akan keperihatinan kerajaan? 

No comments:

Post a Comment