Baginda Nabi Muhammad SAW adalah pesuruh Allah yang terakhir dan merupakan pembawa
rahmat untuk seluruh alam sekaligus merupakan Rasul Allah bagi seluruh umat manusia
di dunia. Sesungguhnya baginda merupakan satu anugerah dan kurniaan Allah SWT
yang sangat agung kepada umat manusia untuk menunjukkan jalan yang lurus dan
benar.
Baginda Nabi Muhammad SAW bukan sahaja
diangkat sebagai seorang Rasul bahkan juga sebagai khalifah di muka bumi ini,
yang mengetuai angkatan tentera Islam, membawa perubahan yang sangat positif
kepada umat manusia, mengajarkan tentang erti persaudaraan, akhlak dan erti
kehidupan yang segalanya hanya kerana Allah SWT.
Baginda Nabi Muhammad SAW merupakan pelengkap dari segenap sudut, setelah Nabi Musa dan Nabi Isa ‘alaihissalam
diturunkan. Beliau juga digelar Al-Amin yang bermaksud dipercayai.Sebagai umat
islam yang beriman pada Allah, yang mengaku mencintai Nabi Muhammad, maka kita
hendaklah mendalami akhlak mulia yang ada pada diri baginda Muhammad bin
Abdullah.
Allah SWT menjadikan Baginda Nabi Muhammad SAW sebagai ‘role model’ dalam setiap aspek kehidupan. Baginda dilihat sebagai seorang yang sempurna akhlaknya. Dalam aspek kepimpinan Baginda Nabi Muhammad SAW merupakan seorang pemimpin terbaik di kalangan umat manusia yang jujur
dan adil.
Firman Allah SWT yang
bermaksud; ” Dan tiadalah kami mengutuskan engkau (wahai Muhammad), melainkan
untuk menjadi rahmat bagi sekalian alam.”( Surah Al-Anbiya Ayat:107)
Terdapat satu kisah pemuda
yahudi yang tinggal di rumah Baginda Nabi Muhammad SAW yang ingin dikongsikan buat umat Baginda Nabi Muhammad SAW untuk dijadikan peringatan agar sentiasa melayan semua hamba
Allah dengan adil dan saksama tanpa mengira agama.
Baginda Nabi Muhammad SAW pun
telah mengizinkan seorang yahudi hadir dan tinggal di rumah Baginda tanpa mengusirnya,
padahal ia seorang yahudi yang berbeza agama dengan Rasul SAW, tetapi Baginda
mengizinkan yahudi itu tinggal di rumah Baginda, Baginda tidak melarangnya atau
dengan mengatakan : ”engkau yahudi tidak boleh tinggal di rumahku, kotor dan
najis ......!! ” , tidak demikian akhlak Baginda Nabi Muhammad SAW .
Orang yahudi itu
tinggal bersama Baginda Nabi Muhammad SAW dan tidur disana, makan sepiring dengan Rasul, membawakan air minum Rasul, seakan telah menjadi sebahagian dari keluarga Rasul
SAW dan tidak dipaksa untuk mengikuti agama Islam, sampai suatu saat ia sakit
dan Rasul menjenguknya, Rasul tidak berkata : ”syukur yahudi itu sakit dan
tidak tinggal di rumahku lagi ” , rasul tidak demikian tetapi Baginda berkata :
”mana orang yahudi yang tinggal di rumahku, mengapa dia pergi, apa kesalahanku?
!” .
Maka setelah rasul
sampai di rumah orang yahudi itu, ternyata ia sudah dekat dengan sakaratul
maut, maka Rasul berkata : ”wahai pemuda, maukah kau ucapakan ” Laa ilaaha
illallah Muhammad Rasulullah ”, maka pemuda itu pun ragu untuk mengucapkannya
ia menoleh ke ayahnya yang juga beragama yahudi, maka ayahnya berkata : ”betul,
taati Aba Al Qasim dan ikuti ucapan itu.”
Dan pemuda itupun
mengucapkan ” Laa Ilaaha Illallah Muhammad Rasulullah ” kemudian ia pun wafat ,
maka berubahlah wajah Rasul SAW bagaikan belahan bulan purnama dari terang dan
bercahaya karena gembira melihat orang yahudi yang tinggal di rumahnya itu
wafat dalam keadaan Islam, demikian indahnya kerukunan umat beragama.
Ada satu kisah lain
tentang pemuda yahudi yang bernama Zaid bin Su`nah yang telah menyakiti baginda
dan lihatlah bagaimana Baginda menangani pemuda tersebut dengan sabar.
Pada suatu hari sedang Baginda Nabi Muhammad SAW dan Saidina Umar berbincang dihadapan rumah baginda,tiba-tiba
datang seorang yahudi bernama Zaid bin Su`nah.Dengan wajah yang bengis,dia
berdiri sambil bercekak pinggang.
Tanpa
disangka-sangka,Zaid bin Su`nah telah menarik kuat kain ridak yang sedang
melilit leher baginda.Ridak yang diperbuat dari kain yang kasar itu telah
menyebabkan leher baginda melecet.
Tanpa memperdulikan
leher Baginda Nabi Muhammad SAW yang melecet Zaid terus membentak,”Wahai keturunan Abdul
Mutalib!Memang engkau ini dari keturunan yang suka menangguhkan
hutang.Cepat! Bayarkan hutangku segera!” Sejak awal lagi
Saidina Umar tidak menyenangi sikap orang Yahudi itu yang terlalu kasar
terhadap Baginda Nabi Muhammad SAW.Jelas dari wajahnya yang dia mahu
bertindakbalas terhadap kekasaran yahudi itu.
Baginda Nabi Muhammad SAW berkata dengan tenang, “Wahai Umar,bersabarlah.” Baginda Nabi Muhammad SAW memang kenal
dengan sikap Saidina Umar yang tidak sanggup melihat baginda direndah-rendahkan
seperti itu.
Baginda sendiri dapat
mengawal kemarahannya terhadap orang yahudi itu.Sambung Baginda lagi,”Antara
kami memang ada urusan hutang.Biarlah kami berdua saja yang
menyelesaikannya.Bukankah lebih baik,engkau menyuruhku supaya membayar hutangnya
dengan baik dan menasihatinya supaya dia menagih hutangnya juga secara baik.
Sebenarnya dalam
perjanjian kami dahulu,aku masih ada 3 hari lagi untuk membayar
hutangnya.Tetapi tidak mengapalah”Saidina Umar terdiam mendengar bicara Baginda Nabi Muhammad SAW yang penuh lemah lembut dan berhikmah.
Dia sedar jika dirinya
tidak ditenteramkan oleh baginda,sudah tentu si yahudi itu akan
dikerjakannya.Baginda meneruskan kata-katanya,” Usahakanlah supaya dibayar
hutangku itu,dan ditambah lagi sebanyak 20 gantang kurma.Moga-moga hilang
marahnya.
“Saidina Umar
berpaling untuk melangkah ke rumahnya bagi mendapatkan gandum sebagaimana yang
diminta oleh Baginda Nabi Muhammad SAW.Namun belum sempat dia berbuat demikian,Zaid menahannya.
“Nanti dulu
Umar!”Suara Zaid bin Su`nah berubah menjadi lembut. “Semua yang aku saksikan
hari ini merupakan tanda-tanda kenabian Muhammad.Aku telah melihat dari
wajahnya yang baginda adalah seorang utusan Allah.”"Maksudmu?” tanya
Saidina Umar kehairanan.
“Sebenarnya aku datang
ke sini semata-mata untuk menguji adakah Muhammad seorang penyantun dan pemaaf
sepertimana yang diceritakan orang.
Kini semuanya telah
terbukti dimana sifat penyantunnya sentiasa mendahului kemarahannya.Memang
benarlah dia seorang nabi.Oleh itu,sekarang aku bersaksi bahawa tiada Tuhan
selain Allah daqn Muhammad itu pesuruh Allah,”ucap Zaid.
Akhlak Baginda Nabi Muhammad SAW yang sabar dan penyantun telah menyebabkan Zaid Bin Su`nah yang bersikap kasar tertarik untuk memeluk Islam. Demikianlah mulianya peribadi Baginda Nabi Muhammad SAW. Sepatutnya, kita sebagai umat baginda turut mencontohi akhlak terpuji itu.
Baginda Nabi Muhammad SAW tidak berbangga dengan bangsanya, kaumnya & kabilahnya bahkan ia berbaggga
dengan ISLAM yang dibawanya, Sesungguhnya kemulian disisi ALLAH adalah
TAQWANYA. Sejauh manakah TAQWA kita kepada ALLAH? Fikir-fikirkanlah…….Ya Allah,
ampunilah kami, kasihailah kami, kekalkan hidayah didalam diri kami dan jadikan
kami asbab hidayat untuk umat seluruh alam. Amin, amin ya Rabbal Alamin.