Bismillah hirrahman nirrahim…merpakan
satu sebutan yang mudah disebut, namun adakah kita benar-benar faham akan
pengisian KALIMAH itu. BISMILLAH bermaksud “Dengan nama Allah yang Maha
Pengasih lagi Maha Penyayang”….‘alah..semua orang tahu apa maksudnya’..itu
merupakan ungkapan yang sering kita dengar..Namun tidak ramai yang
mempraktikkan satu kalimah yang cukup ringan lagi mudah tapi mempunyai hikmah
yang cukup tinggi didalamnya..
Antara kelebihan Kalimah
Bismillah hirrahman nirrahim ialah:
1. Ianya merupakan Kalam Pertama yang ditulis dalam Al Quran
dan secara tidak langsung ianya merupakan Kalam Pertama yang disebut di dalam
setiap surah.
2. Di dalam satu Hadith Qudsi menceritakan bahawa Allah
Subhanahuwataala menyatakan kepada Baginda Nabi Muhammad S.A.W “Bismillah untuk
Mu dan umat Mu, maka suruhlah mereka apabila memohon sesuatu mulai dengan
Bismillah” dan menurut hadith tersebut lagi diriwayatkan bahawa Baginda Nabi
Muhammad S.A.W tidak pernah meninggalkannya walau sekejap mata sekalipun.
3. Tak kala sewaktu Kalimah Bismillah diturunkan ke dunia, maka
semua awan berlari kea rah barat, angin terdiam, air laut bergelora dan syaitan
berada dalam keadaan terdampar.
4. Bismillah itu merupakan penawar bagi kesakitan dan bagi yang
membacanya pasti diberikan keberkatan.
5. Barang siapa yang membaca Bismillah nescaya akan
bertasbihlah gunung ganang kepadanya.
Dan banyak lagi…Justeru
marilah kita amalkannya dalam apa jua pekerjaan kita, Semoga Allah memberkati
setiap amalan kita.