Walaupun laman Blog Enja Belok ini tidaklah sehebat laman-laman blog lain namun saya yakin ianya mempunyai tarikan tersendiri...mungkin ada yang tertanya kemana menghilangnya Jusoh Keca...sebagai insan biasa saya juga mempunyai rutin tersendiri serta tanggung jawab yang perlu saya tunaikan...Apa yang ingin saya kongsikan kali ini ialah pengalaman yang cukup sukar untuk dimengertikan dari segi logik akal apatah lagi untuk diterjemahkan...
Untuk makluman pembaca, baru-baru ini saya bersama isteri dan anak telah bergerak dari Kuala Lumpur menuju ke Kelantan..saya pun tidak tahu kenapa perjalanan saya untuk kali ini agak pelik dan tidak seperti biasa. Kebiasaannya saya akan menentukan terlebih dahulu minyak kereta saya diisi penuh sebelum memulakan perjalanan, namun tidak untuk kali ini. Sebaik solat Maghrib, kami sekeluarga berlepas dan singgah di Bentong untuk mengalas perut. Sewaktu makan, saya didatangi seorang remaja perempuan (dari Sg Petani, Kedah katanya) untuk menjual hasil barangan yang dibawanya berupa minyak angin sambil berderma kepada rumah anak yatim. Bukan untuk bersifat takbur, namun selalunya saya tidak pernah berat tangan untuk menghulurkan walaupun seringgit...namun pada malam itu saya hanya senyum dan tidak tergerak dihati saya untuk bersedekah..Remaja tersebut kemudiannya berkata kepada saya "tak pe lah Pak Cik, kalau Pak Cik tak nak beli barang pun, sedekahlah seberapa yang Pak Cik ikhlas" dan ianya diulangi sebanyak dua kali...saya masih berkeras dan melontar senyum kepada beliau..
Betapa hinanya saya berbanding tangan ini... |
Selesai makan, saya dan isteri beredar dan menyambung semula perjalanan..isteri saya menegur akan perbuatan saya tadi dan bertanya samada petrol cukup atau tidak untuk sampai ke Kota Bharu..saya terperanjat dan baru saya sedar bahawa minyak kereta saya hampir kering..alhamdulillah ada sebuah pam minyak Shell dan saya isi full tank. Sebaik menyambung semula perjalanan kereta yang saya pandu berada di belakang sebuah bas express yang sama destinasinya ke Kota Bharu. Walau bagaimanapun saya kehairanan kerana bas tersebut tiba-tiba membelok ke kanan walhal jalan yang sepatutnya adalah straight sekiranya untuk ke Kota Bharu..isteri saya sekali lagi menegur saya..katanya "bas tu nak kemana..apasal dia belok kanan"..balas saya "dia masok pekan Lipis kot..adalah tu penumpang yang nak turun ke hapa ke"...
Seleas beberapa ketika, saya perasan bahawa saya telah melalui satu kawasan yang tak pernah saya ikut..namun demikian GPS masih lagi bagitahu bahawa laluan saya betul sehinggalah saya sampai ke sebuah jalan mati (dead end)...terkejut besar saya...wife dah mula diam...saya set semula GPS dan GPS bagi guide untuk teruskan perjalanan katanya lagi 300 meter belok ke kiri..saya ah mula gabra..so saya buat U Turn dan patah balik..alhamdulillah ada seorang hamba Allah naik motor dan saya bertanyakan jalan ke KB..katanya kat depan nanti ada lorong sebelah kiri, ambil lorong tu dan jalan terus sehingga jumpa main road...so saya pandu semula kereta dan berpandukan guide hamba Allah tadi..tetiba GPS recalculate semula perjalanan dan dia mengiakan perjalanan saya..setelah 20 minit saya jumpa main road yang dimaksudkan dan jalannya masih baru serta sunyi...saya pandu kali ni hanya based on GPSpunya guide...
Tiba-tiba...saya sampai ke sebuah simpang dan disebelah kanan saya ada sebuah warong kopi, GPS arahkan saya belok ke kiri so saya pun ikutlah...masalahnya jalan yang GPS guide tu berhutan belukar..kosong sekosong kosongnya...tak ada rumah..tak ada sebuah kenderaan pun dan jalannya ngam-ngam untuk sebuah kereta....tapi since panduan yang ada hanyalah GPS saya ikut juga...makin lama saya rasa makin pelik dan wife dah mula bersuara..selepas 30 minit meredah hutan saya rasa tak sedap hati dan wife cakap "ini jalan ke kubor ni..telinga saya dah panas ni..jom patah balik.." so saya pon hentikan kereta dan cari tempat untuk reverse...akan tetapi GPS masih suruh saya jalan ke hadapan...setelah berjaya reverse kereta saya berpatah balik dan jumpa semula kedai kopi tadi dan this time saya turun lalu bertanya orang di kedai tersebut...dalam ramai-ramai manusia kat situ semua tak endahkan saya except sorang yang membantu..saya nyatakan bahawa saya sesat jalan untuk ke Kota Bharu dan GPS guide saya untuk masuk jalan tadi..orang muda tu cakap "jalan tu hutan lah bang mana ada jalan nak pegi Kota Bharu..itu hutan belukar tu...dah ramai orang sesat kat sini bang...tapi tak apa abang terus saja lepas ni nanti sampai simpang abang ambik kiri..terus sampai jumpa sebuah masjid dan abang ambik kiri lagi lepas tu abang akan jumpa jalan besar.." so saya masuk semula kereta dan set semual GPS sebagai alternatif back-up..so saya teruskan perjalanan dan setelah 15 minit GPS guide untuk belok ke kanan dalam jarak 500 meter walhal hamba Allah tadi cakap belok ke kiri..saya mula was-was dan akhirnya saya hentikan kereta dan turun...nasib baik ada sebuah kereta dibelakang saya dan saya tahan beliau serta bertanyakan laluan sebenar untuk ke Kota Bharu sebab saya dah sesat, tambahan pula ada hamba Allah tadi cakap supaya saya ke kiri manakala GPS cakap ke kanan..saya keliru.
Lantas lelaki dalam kereta proton tadi cakap "Abang ikut kiri saja bang..nanti abang akan jumpa sebuah masjid..abang belok kiri dan lepas tu abang akan jumpa jalan besar...tapi kalau abangke kanan abang akan naik ke Cameron Highland semula..ke Tanah Rata..abang dar mana tadi?" saya jawab saya dari sebelah kanan lah...dia tersenyum.."tak pe bang..abang ikut saja sebelah kiri ni..tak payah ikut GPS tu"..selepas bersalam saya termenung seketika dan baca ayat Qursy, surah al ikhlas, al falaq dan an-nas serta berselawat sambil menyedut asap rokok sedalam mungkin...masok saja ke dalam kereta saya beristirgfar tak sudah-sudah...apabila saya ceritakan pada wife, dia pun tersentak...macamana kami boleh berada di Cameron Highland ie Tanah Rata sedangkan kami ikut Bentong...SUBHANALLAH.... Walau bagaimanapun Alhamdulilah berkat bantuan Allah dan guide hamba Allah tadi kami akhirnya berjumpa semula dengan jalan besar dan sampai ke Kota Bharu hampir subuh...Alhamdulillah
Macamana saya boleh berada di Tanah Rata???? |