Walau bagaimanapun itu pandangan dia je lah...belum tentu betul....apa-apa hal pon gunakan akal dalam membuat sesuatu perkiraan dan bukannya dengan menggunakan emosi.
"Hai orang-orang yang beriman bertakwalah kepada Allah, dan hendaklah kamu bersama orang-orang yang benar" Surah al-Taubah :119
Jemaah
Sunday, 30 September 2012
Ye Ke???
Walau bagaimanapun itu pandangan dia je lah...belum tentu betul....apa-apa hal pon gunakan akal dalam membuat sesuatu perkiraan dan bukannya dengan menggunakan emosi.
Cara Kebanyakan Kita Berfikir
Kita akan cepat melatah bila kita terusik..apatah lagi bilamana kita berada dalam keadaan yang tidak stabil atau mood yang tidak selesa. Tindakan ini dikatakan sebagai tindakan reaktif dan tindak balas yang berlaku selalunya bersifat spontan tanpa disalurkan kepada akal serta tanpa memikirkan implikasi hasil daripada tindakan tersebut. Justeru, memang benar sikap reaktif ini selalunya berkait rapat dengan keadaan emosi seseorang.
Kita mungkin tidak perasan, bilamana emosi kita tidak stabil, tindak balas yang kita ambil selalunya tidak tepat apatah lagi apabila jiwa kita berada dalam keadaan resah dan kacau. Berfikir secara reaktif boleh membawa kepada kegopohan dan seringkali menyebabkan kesilapan berlaku. Orang yang berfikir reaktif cepat membuat kesimpulan. Kadang-kadang mengambil pendekatan menghukum lebih daripada pendekatan memahami mengapa ia berlaku, bagaimana mengatasinya dan faktor-faktor apa yang boleh memberikan alternatif terhadap isu atau masalah yang berbangkit. Hasil daripada tindakan reaktif juga menjadikan sesuatu keputusan yang dibuat dalam keadaan tidak masak atau separuh masak.
Ia kadang-kadang menjadi budaya ataupun trend pada diri seseorang. Bila menghadapi sesuatu masalah, berdepan dengan sesuatu isu, mengalami sesuatu kebuntuan, ia tidak berfikir secara kritikal, strategik ataupun kreatif sebaliknya melakukan sesuatu berasaskan apa yang terlintas pada minda dan emosi dan kadang-kadang ledakan minda dan emosi menyebabkan keadaan menjadi lebih bercelaru.
Dalam Islam kestabilan minda dan celik emosi adalah asas yang sangat penting bagi seseorang manusia. Cerdas akal saja tidak cukup. Ia memerlukan kecelikan emosi (emotionally literate) untuk mengenal, memahami, membuat pertimbangan yang terbaik supaya penyelesaian kepada masalah dan jawapan terhadap isu berada di tahap yang terbaik. Ajaran Islam memberitahu kita sekiranya kita mendapat perkhabaran daripada orang yang fasik, sila periksa terlebih dahulu sama ada perkhabaran itu benar atau salah.
Rasulullah s.a.w. apabila menerima perintah Allah untuk berpindah dari Mekah ke Madinah, baginda tidak bersifat emosional atau reaktif. Sebaliknya Rasulullah merancang strategi bijaksana hingga akhirnya baginda selamat sampai ke Madinah.
Walau bagaimanapun terdapat segelintir manusia yang mendekati sesebuah isu berdasarkan idealisme. Pendekatan ini tidak salah namun ianya memerlukan imbangan ilmu dan pengalaman yang baik. Idealisme yang hebat membolehkan seseorang itu mendekati sesuatu isu secara hitam putih. Walau bagaimanapun tanpa ilmu dan pengalaman ianya akan hanya mengundang implikasi negatif apatah lagi apabila dicampur adukkan dengan keadaan emosi yang tidak stabil.
Tidak salah kalau kita membina idealisme dalam kehidupan kita namun idealisme yang ada harus diimbangi dengan keupayaan memahami realiti. Realiti adalah medan sebenar untuk kita membaca masalah, mengkaji isu, meneliti sebab-musabab dan memikirkan jalan keluar yang terbaik dan bijaksana.
Idealisme dan realiti ibarat bunga kiambang yang cantik di permukaan tetapi akarnya tidak terjunam pada lumpur. Bila ditolak arus ia mungkin hanyut. Pemikiran yang reaktif juga boleh berlaku sedemikian. Idealisme yang tinggi tanpa pedoman memahami realiti boleh mendorong kita berfikir emosional dan gopoh.
Bismillah Kalam Pembuka Bicara
Bismillahirrahmanirrahim...
Salam pembuka kalam dari saya untuk semua. Bilamana saya hendak menulis ni, terfikir juga nun disudut hati saya...sapalah yang nak baca blog picisan ini, sedangkan bersepah blog yang ditulis oleh blogger-blogger yang top.
Namun demikian bagi saya itu semua tidak penting. As long as apa yang saya rasa perlu saya luahkan akan saya paparkan. Kalau nasib berpihak kepada saya..maka dalah pengunjung, kalau nasib tak baik cakaplah sorang-sorang.
Posting saya akan merangkumi pelbagai aspek isu, duniawi dan ukhrawi. So harapan saya ada yang sudi kunjung dan komen. Bye...
Subscribe to:
Posts (Atom)